Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 1, 2012

5 perkara yang buat saya rasa nak telan hidupan yang bernama 'orang'.

1. Bila saya cari 'penyepit kuku'. Bukan tak beli, berdozen dah beli tapi ada orang tau guna tapi tak tau nak letak balik tempat yg sepatutnya. Dah tu ada yg pandai2 ambik yg saya sorok dlm hbag saya dan itu pun dihilangkan jugak.

2. Bila saya perlu buka mangga tapi kunci nya entah di mana. Geram tau bila kena ketuk setiap bilik yg berpenghuni dan jawapan yang di terima hanyalah 'tak tahu' dan 'tak ambik'

3. Bila saya lelapkan mata jer, ada lah yg nak tanya soalan2 cepumas seperti "Mummy dah lena ke tak ni?" Saya selalu jawap "DAH!"

4.Siapa yang last duk kat ruang ni ? Lampu, kipas dan TV tak padam dgn sendiri tau. Ke tak tau nak switch off or turn off benda2 ni? Kenal suis lampu? Yang kat dinding empat segi, warna putih tu..Yer, di situ sama jadi dgn rumah ni lagi..

5. Bila kita suruh solat dia kata jap lagi, bila kita ulang suara dia kata kita bebel ,bila kita ketuk pintu bilik stail James Bond, baru lah nak ke toilet ambik wuduk sedangkan masa dah nak habis..Hish,Angry bird pun tak se angry ni lah.

Bertahun dah duk bising benda yg sama..macam tu jugak la hari hari....Mana Gunting nih, bukan nak tikam orang tapi nak potong kuku. Adoiii...

5 comments:

Nanie@NMS said...

Salam Hani,

gitu jugalah dengan akak, dah bertahun2, dah jemu nak bercakap, kalau lah boleh jumpa 'kunci' utk bercakap2, kakak nak terus membisu, dah tak larat..hihihihi

MaWar said...

hahaha rupanya ramai yang macam tu...

kucingorengemok said...

potong kuku guna gunting tu stail nenek saya, hehe... tapi dia lahir awal 1900-an ;)

Alin Marlini said...

samalah situasi kita kak...paling tak suka adalah tanya soklan yang kita tak tau jawapannya...arhgg!!!!...hehehhe

KakNi (CikNi Ahni) said...

hahahah... akak ni geram tak jumpa ketip kuku rupa anyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...