Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 16, 2012

Pulanglah perantau...


Camar yang beterbangan,
pulang mencari sarang.
Lautan itu kadang kala terlalu luas,
Pantai juga yang setia menanti.
Hinggaplah di dada ku ini,
Rindu adalah butiran pasir yang terdampar.
Ombak menyapa walau sementara
cukup untuk membasahkan mata
seorang ibu tua
Pulang lah anak,
Pulanglah berhari raya.....
..

3 comments:

amn said...

salam aidilfitri kak....semoga selamat menuju destinasi dan kembali

IMANSHAH said...

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

azieazah said...

Bagi yang merantau, jika ada kampung halaman dan ibu bapa memang akan sebak rindu menggebu untuk balik kampung. Hari Raya memang hari utk keluarga berkumpul...

Oh syahdu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...