Dalam ramalan Nujum Pak Belalang lah,
Seluruh malaysia, semua ibu2 muslim di waktu ini..
sedang mengemas...
Betul tak?
Dapur yg tunggang langgang sempena masak memasak marin,
perlu di kembalikan ke keadaan asal.
Raya tu raya jugak,
masak tu masak jugak.
Tapi sekarang masa untuk acara berkemas.
Pinggan mangkuk perlu dilap, disusun,di simpan balik dlm kabinet.
Periuk belanga jangan pula terbang melayang, susun eluk2.
Bahan dan kelengkapan memasak lain nya semua perlu di caturkan kedudukan.
Budak2 dah habis cuti, assistant dah tak ada.
Tinggal lah bibik yg terpaksa kerja lebih masa membantu saya.
Aduhhh...Ni lah hasil dari beraya sakan, masak sakan dan enjoy sakan.
Tak per, penat pun rela.
Setahun sekali jamu sanak sedara dan kenalan apa salahnya,
Janji bahagia.
2 comments:
Selalunya kalu time raya or kenduri, nak keluar perkakas memang seronok. Tarik jer, ambik jer..
Bila part selesai, nak mengemas tu kadang2 seminggu tak selesai lagi.
Sakit pinggang dibuatnya.
Masih belum sunyi rumah itu rupa2nya. Tudung periuk masih menari-nari, kuali bergoyang lagu rock n roll, anak-beranak periuk duk nyanyi lagu enjet2 semut, gelas bersuara persis angklung dan pinggan-mangkuk berlagu riang ikut senikata lagu sorong papan tarik papan.
Post a Comment