Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 29, 2012

Bantu orang yg tersepit...Kita pulak yang terperangkap.

Merayu macam ni boleh ke?
1. Awak, bila awak nak bayar hutang awak ni?
2. Awak, cukup bulan ni awak jelaskan semua hutang awak ok?
3. Awak, saya tak de duit nih, boleh tak awak bayar hutang awak tu?
4. Awak, saya nak minta awak jelaskan hutang awak, itu pun kalau awak ada duit.
5. Awak, awak jelaskan dulu hutang2 lama tu, nantikalau awak kesempitan,saya bagi pinjam lagi.

Ke patut saya jadi brutal dan cakap macam ni...
1. Wei, hutang bila mau bayar a?
2. Wei,bayar lah hutang lapuk tu,apa awak ingat, duit tu baaaapak awak punya ke?
3. Wei, awak nak bayar ke tak nih?
4. Baik bayar cepat, saya tiru stail Along baru awak tau!
5.Awak ingat saya ceti yg dapat untung dgn bunga hutang ke? Illek!

Ke saya patut ambik jalan mudah dan bertindak begini...
 Hutang? Bila pula saya bagi awak pinjam duit saya? Forget it lah. 

Tak tau.
Buntu.
Dunia sekarang ni dah terbalik.
Kita yg bagi pinjam duit pula yg jadi serba salah.
Dia relax jer.
Silap hari bulan kita yg kena sembur.
Aduiihhhh....Nak buat macam mana nih?
Fenin.
Yang berhutang tak fenin, kita pulak yg fenin kepala jadi nya.

7 comments:

kucingorengemok said...

buat orang fikir 40x nak bagi pinjam duit kan

muhaini said...

U're not alone ... Kerap cakap serik nak beri orang pinjam, tp bila dia buat muka kesihan, rayuan + pelbagai masaalah, kita pun kesian. Nak bohong xder duit, takut pula masin mulut tu. Dah memang xreti nak bohong. Sudahnya, terkena lg dan lg. Susah juga jd orang baik hati ni .... Hehe

Nizam.Ariff said...

daripada kita yang makan hati (dan sakit), baik tunggu je ... mana tau dia nak hutang lagi, masa tu barulah kepit balik sampai rapat2... siap minta cagaran rantai emas lagi... hahaha

makchaq said...

Ada kawan makchaq buat pinjaman sebab nak tolong kawan, sampai dia habih bayaq pinjaman, kawan yang pinjam tak habih bayaq kat dia.. la ni dari bestfriend dah tak berteguq dan cuba mengelak..

sedih.. makchaq baik dengan dua2, bila terserempak kita pun ikut rasa tak selesa.. nak sembang mana satu..

mokwo® said...

mokwo sekarang dah pandai belajar utk cakap 'no'...kalau dulu kita yg lembut hati nih ajer yg terkena, tetapi pengalaman dan kesusahan yg melanda diri sendiri banyak mengajar mokwo utk berhati2 dgn org yg suka berhutang tapi tak suka nak bayar nih...memang hutang2 yang tak bayar tuh mokwo kira sedekah ajelah..tak yah fening2 nak pikir! nak kira2 pun dah naik menyampah dah !

Azian Elias said...

cuba mintak secara diplomasi dulu then kalau tak boleh gak kena lah brutal. kalau tak leh gak upah along je tagih hutang u tu.. hee

mamawana said...

Saya pun pernah kena gitu..try sms mintak2 bayaran balik.. janji nak bayar tinggal janji 3-4 tahun berlalu.. call call lagi tau tau nombor tiada dlm perkhidmatan... huhuhu.. tahu alamat rumahnya tapi segan nak pi jenguk mintak2 hutang cam rasa mintak sedekah plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...