Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 2, 2012

Saya kalah malam ni...

Dari mula lagi saya perhatikan dia.
Hanya tabir jarang yg membatasi kawasan saya dengan dia.
Saya berada di barisan paling depan bagi kaum hawa.
Dia berada di bahagian paling belakang bagi kaum adam.
Jadinya dia berada tepat di depan saya.
Mula tu dia ok lagi.
Saya tumpu perhatian pada niat saya dan kenapa saya di sini.
Tak ada masaalah.
Tapi tak lama.
Dia mula berlari lari,
Bermain dengan sejadah,
bergurau dgn kawan sebelah yg seusia dia.
Bising.
Saya rasa sikit terganggu, mak dia yg kebetulan berada di sisi saya nampak tenang.
Sewaktu rekaat ke enam dia selak tabir.
Botol air mineral saya yg ada di depan kiri saya di ambik nya.
Dia pandang saya seakan nak tengok respon saya.
Saya tenung dia, renungan harimau lapar gitu.
Kyusuk entah kemana.
Sah, batal dah solat sunat saya ni.
Dia perlahan lahan letak balik botol air saya tu.
Dia kalah dengan renungan saya tadi.
Minuman saya selamat tapi solat saya rosak.
Hanya kerasa seorang budak usia 4 tahun.
Lepas solat saya menyesal.
Saya kalah dengan bisikan Shaitan.
Hilang sabar dan hilang pahala Solat Terawikh .
Budak tu?
Eluk jer mak dia pimpin keluar selepas selesai solat.
Huhuhuhuh.....




4 comments:

KakNi said...

Adoi... sabar kak. istifar...

Yunus Badawi said...

Bukan kalah dengan bisikan syaitan sebab bulan puasa syaitan dah kena ikat ... huhuhu

Anonymous said...

Susah nak cakap.

Di Masjid Negeri di Shah Alam ni kanak-kanak dikumpulkan dalam bilik berasingan bila ibubapa sholat. Ada penjaganya.

Kamariah Awang said...

Kadang2 begitulah.. mungkin kalau ditinggalkan dirumah, tak ada siapa yang nak jaga.., tapi sebenarnya Allah memberi keringangan kepada hambanya yang daif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...