Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 29, 2012

2 mahkluk asing yg suka ghaib bila saya nak guna.

Kenal ni?
Sikat dan Pengetip kuku.
Boleh kata sentiasa kena beli yang baru.
Nak buat macam mana, makluk asing ni bukan jinak.
Sentiasa kena buru..
Makhluk asing ada kaki agak nya,
(tapi kaki mereka tak dapat di lihat oleh mata kasar.)
Bernyawa.
Hidup.
(Nasib baik tak perlu di suap makan jer.)
Makhluk asing berdua ni,
suka merayau rayau dalam rumah saya.
Sekejap ada kat sana, sekejap ada kat sini.
Ada kala boleh jadi ghaib/invisible sampai tak dapat di cari kedudukan nya.
Hebat.
Kelmarin 'pengetip kuku' tu saya letak dalam handbag.
Entah bila masa dia melompat keluar.
Tau2 bila nak guna dia dah tak ada.
Tengok2 ada kat depan TV.
Ada sayap boleh terbang agak nya.
Sikat tu pun sama.
Beli satu berkas, cukup untuk setiap bilik.
Tapi tinggal ini satu saja lagi.
Byk kaki juga sikat ni, merayap ke merata tempat.
Tak per, esuk saya nak beli tali.
Nak tambat.





7 comments:

insan marhaen said...

tara IM dengan ibu_suri duduk di rumah ni saja pun 2 hamba Allah tu boleh beralih tempat.

sahlah, bukan depa boleh terbang tapi tuan punya tu yang ambil tempat lain letak pula ditempat lain...

Maiyah said...

hehe.. sama le sy
bukan sikat tp pengetip

Kamariah Awang said...

Hahaha.. tambat, Hani.. Jangan tak tambat.... Sediakan tali panjang supaya senang dikesan. Biar dia tak jadi halimunan lagi....

mak encik | SZ said...

hahahaa...
kelakar la kak hani!
sangattttt sama plak makhluk yang selalu ghaib tu kat rumah ...
lagi best tiap2 pagi nak kena carik sebab nak sikat rambut anak nak g sekolah ... lepastu mula la acara maknya bagi syarahan percuma! :p

Acik Erna said...

Assalam Hani..2 benda ni..acik punya tak pernah hilang..sebaba tak de sape yang berani usik..kalau nak guna pun..disitu je..terus letak balik..tak de sape berani bawak keluar dari bilik he he

che mid said...

Samalah masalah kita rupanya ya..

KakNi (CikNi Ahni) said...

sama jer kah kak granny hani, sib baik saya 2 org je anak jadi masih boleh control lagi. ikutkan hati nak beli borong satu kotak tu, baru lah puas hati gamaknya, nak guna jer cari dalam kotak tu.. haish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...