Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 8, 2012

Tajuk ni untuk orang perempuan saja..

Doktor kata,
Bila masuk era 'Menopouse'
Seorang wanita itu akan mengalami tanda2 begini.
Mudah terganggu tidur nya.
Mudah terusik emosinya.
Mudah marah dan sensitif yang amat sangat.
Sakit kepala dan panas badan
Perlu ada sokongan moral dari keluarga.
Perlu di jaga hati nya
Hmmm....
Tuan Doktor,
MakCik Semah yg menoreh getah di tanah saya tu,
Usia pertengahan 50an.
Katanya puasa penuh Ramadhan baru ni.
Dia tu,
letak kepala di bantal, lena terus.
Sensitif2 ni tak main, tau ngadap pokok getah aje.
Kalau sakit kepala pun telan panadol bila balik menoreh nanti.
Sokongan moral? Apa benda tu..Makcik Semah tak pernah dgr pun.
Pakcik Mat dah lama meninggal, jadinya memang dia hadapi musim menopouse sendirian.
Tak apa apa pun...Tak sempat2 nak melayan hati pun.
Agaknya symton menopouse ni hanya hinggap kat wanita2 yg 'ngaji sekolah' jer.
Hanya untuk wanita yang tak der kerja lain selain dari melayan hati.
Entah lah, saya rasa saya nanti pun macam Makcik Semah.
Lalui perubahan sendirian tanpa sokongan pun takper.
Redha adalah penawarnya.
Tak kuasa nak pikir ah,
Tunggu dan lihat...Berserah pada mu Allah.

4 comments:

nina said...

sangat setuju. beza cara pemikiran yang telah di 'sekolahkan' penjajah. mereka membentuk minda ke arah bertentangan dengan fitrah. dan mereka berjaya menjaja ideologi mereka dan membuat ramai percaya yang mereka bawa adalah kemajuan dan yang kita sedia ada pula kemunduran. walhal itu penipuan yang halus.

Kembara Perantau said...

alamak saya terbaca...heheheh

makcu B said...

Semuanya Tuhan tentukan. Sekurang-kurangnya waktu begini boleh menampung dan menampal solat yang kadang-kala koyak suatu waktu dulu... Syukur... kita dapat melalui perubahan musim dalam kehidupan.

KakNi (CikNi Ahni) said...

symptoms tu mestilah ada tapi sesetengah orang tak sedar pun itu tanda nak menopaus, life goes on... *kami pun takut jugak!*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...