Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 20, 2012

Bilanglah nikmat yg kita sering terlepas pandang ini..

Alhamdullilah,
Pagi ni saya celik mata lagi..
Nyawa masih berbaki.
Saya masih boleh bangun dari katil tanpa bantuan orang lain.
Saya masih boleh ke tandas urus diri sendiri.
Tak perlu pakai pampers.
Saya solat subuh sambil berdiri tak perlu kerusi atau kusyen
Saya makan pagi tidak menggunakan tiub saluran dari hidung.
Makan pun ikut selera, tak perlu pantang itu ini.
Masih boleh suap sendiri.
Saya masih boleh berada di belakang stering ,memandu kereta
bukan nya terpaksa di sorong ke sana sini.
Saya boleh mengajar, membebel, senyum dan menangis.
bukan diam kaku di perbaringan..
Jari masih boleh menaip walau kadang2 merapu2, menaip entah hapa hapa.
Mata masih boleh tengok screen, boleh baca blog.
Telinga masih boleh dengar orang duk cakap..
"Mummy nak guna laptop mummy jab"
Mulut masih boleh jawap...
"Tak leh!"
Syukur hari ni saya masih sihat sejahtera seperti saya kelmarin nya.
Nikmat Tuhan yang begini lah yang seringkali kita lupa.
Dah hari2 kita dapat buat semua ni, kita tak rasa kenikmatan buat semua ni,
Tunggu lah, satu hari Tuhan tarik balik semua nikmat di atas ni, baru padan muka kita.




3 comments:

Anonymous said...

Semoga segala nikmat yg diberikan Allah sentiasa kita hargai dgn rasa syukur padaNYA.

Unknown said...

Teringat pada ibu mertua yg terlantar akibat stroke hampir 2 tahun. kejadia berlaku sepantas kilat, begitulah kalau Allah ingin menarik balik nikmat yg diberi..sekelip mata sahaja.

Anonymous said...

ya betul. nikmat yang kita dapat harini patut kita syukuri..tak ternilai nikmatnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...