Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 11, 2012

Dulu2 tak macam sekarang...

Hari ni peperiksaan UPSR bermula.
Mak bapak yg ada anak di tahun 6 berdegup lah jantung di luar irama.
Budak budak tu pulak ada yg gelabah, ada yang tenang, ada yg blurr jugak.
Lain sungguh sekolah rendah zaman sekarang nih.
Sekarang semua kena capai target.
Peratus lulus di ambil kira.
Budak2 dah jadi macam robot yg di programkan untuk ambik periksa.
Ajar, didik, uli, basuh, perap, injek, tiup dan mcam2 lah cara di gunakan.

Maka kanak2 tidak lagi membesar dalam dunia kanak kanak.
Tak sempat nak main pondok2 dah..
Zaman saya dulu.
Peperiksaan darjah 5 bukan UPSR
Apa tu? tak tau!
Tak pernah di beri tau kepentingan ujian tu.
Kelas tambahan tak pernah ada.
Kem2 motivasi,ceramah menjawap soalan ke hapa ke,
semua tarakkkkkk.
Hari2 pergi sekolah macam biasa,
Balik dari sekolah, lontar beg di tepi dinding
dan bermula lah dunia kanak2 saya.
Bermain seharian...
Kerja sekolah? Illek.
Lulus jugak...Dapat tawaran ke asrama penuh jugak.
Jadi cikgu jugak.
Tu dulu lahhh....
Sekarang ni semua berlumba lumba.
Yang belakang ketinggalan.
Yang tak ada modal sah ketinggalan.
Yang tak ada kabel lagi lah ketinggalan
Yang semalam tu kenangan,
maka kita ikut rentak yg terkini lah..
Anis, tahun depan awak pula yg akan menduduki ujian ni.
Bersedialah untuk lupakan alam kanak2 secara paksa rela.
(Ni lah sekolah lama saya....Dah bersalin kulit dan isi..Syabas!)

5 comments:

Norhaizan said...

Rasanya yg terlebih gelabah ialah para 'parents'..saya dah mengalaminya 3 kali..tahun ni si sulung pulak nah menghadapi PMR!

m.u.l.a.n said...

moga berjaya semuanya...

KakNi (CikNi Ahni) said...

ye lah granny hani, saya harap anak saya tak pressure. dah berusaha, lepas tu redha jer lah.

Nurul a.k.a Riko said...

Kak Hani..

Tahun hadapan anak2 kita akan seat exam UPSR..time flies very fast...dah darjah 6.

Ezza Muffinbiru said...

Tahun ni anak bongsu saya menduduki upsr ni...saya tengok sebelum ni dia relax saja..pelajaran dia pun ok saja dan saya tak da lah nak push sangat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...