Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 26, 2012

Bawak bahaya, tak bawak, rasa nak bawak....

Ragut meragut makin kerap terjadi di persekitaran saya ni.
Takut sungguh nak berlenggang dengan beg tangan di bahu.
Tak tau nak pegang cara mana untuk keselamatan.
Sandang? Genggam? Kepit? Peluk kemas2?
Tambat kat badan dgn rantai ?

Si peragut ni tak tau,
dalam beg tangan saya ni tak ada barang bernilai pun.
Kad Tesco ada, Kad2 memang banyak. Tak leh tebus pun dik.
Barang kemas memang tak ada, memang tak suka pakai (ada ke untuk di pakai?)
Duit? Alah tak sampai rm50, saya tak pernah bawa byk pun.
Kalau akhir bulan nak cari rm10 pun, habis semua poket Hbag kena gali.
Hset cap ayam ada lah, tissue dan pen.
Ubat ubatan, kunci rumah dan pengikat rambut.
semua tu bukan bernilai apa pun.
Bukan apa, kalau di ragutnya tak berbaloi sakit yg akan saya alami tu.
Beg tangan pun kodi jer, tak laku nak di jual pun.
Semalam saya ke Post Office, parking sikit punya jauh.
Nak tak nak kena jalan jugak lah menyusuri kaki lima tu.
Mat2 motor ramai gak la, yg selisih berjalan kaki pun ada.
Takut nya Tuhan saja yg tau.
Sampai di kaunter Post Office tu mamat belakang kaunter cakap..
"Kak, hati2 beg tu, baru jap org kena ragut"
Aduii...InsyaAllah dik, akak hati2 dan tawakkal saja lah.
Pastu nak buat macam mana?
Letak keperluan dlm anak baju berzip macam org dulu2 boleh tak?
Kang bila nak ambik duit kena selak baju, mau nya pengsan orang yg nengok nya.
(maklum lah, bentuk rupa bumi dah tak berapa fotogenik!)
Nak sediakan kocek di baju?
Berapa besar kocek nak muatkan 'benda wajib ada' saya ni.
Ke nak saya tampal kat badan notis yg macam ni...
SAYA TAK BAWA DUIT, KALAU NAK BEG MINTAK SAJA, JGN BERKASAR.

5 comments:

Norhaizan said...

Tak boleh lupa kenangan rantai leher kena ragut depan rumah mamat india naik motor,,trauma dekat sebulan..tak boleh dengar buyi motor..jantung jadi berdebar-debar..nasib baik leher luka sikit jer coz rantai tu besor misai kucing jer.

mak encik | SZ said...

salam kak hani,

sekarang saya pakai henbeg yg jenis sling bag tu kak... tak kira lah asek kena gelak hasben kata cam orang bisnes2/peniaga je ni ... hihihi...kadang2 sy rasa cam konduktor bas pun ada tp ta kira lah yang penting keselamatan kan :)

Norhafizah (Lina) said...

nak bawa salah, nak tinggal kat rumah pun serba salah juga. malaysia ni tak selamat spt yg disangka.

KizZ said...

Mintak2 lah para peragut diluar sana baca entri ni ye..menarik..hihi

CeRiTeRa PuTeRi said...

2 arh tkot jgk klu nk jln kuar gner handbag nie klu adq plak fobia gler nk kuar bwak handbag nk kter adq ad duit x lar mama sllu psan hati2 adq ape lg klu kuar gi mne2 msty gner beg sekolah kdang2 membe2 adq gelak kn adq coz hang dgn dorg bwak beg sekolah pas 2 ckap x snox arh hang nan dak sekolah tp adq diam jer lgpn tuk kslmatan adq jgk kn,... mintak2 lar para peragut insaf krna bnde 2 bhaya kter wt kt org suatu hari nty bgmna klu bnde ragut jd kt mak,kakak,adq pompuan korg..hah menyesal x sudah lgpn bnde mgancam nyawa org dan peragut 2 sndri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...