Saya memerhati.
Saya menilai
Saya membuat kesimpulan.
Dalam hidup saya ni, saya ramai kawan.
Tapi saya tidak ada teman.
Ramai yang saya anggap kawan,
Saya cuba mencari teman,
tapi sayang sekali payah sungguh.
Kawan, api dalam sekam.
Gunting dalam lipatan.
Enau dalam belukar
Pagar yang menanti masa untuk makan padi.
Teman,
Tidak tau maniskan mulut dengan pujian palsu.
Tidak meninggalkan kita waktu payah menjelma
Ketawa bersama kita bukan ketawakan kita
Menangis pun bersama bukan bermuka muka.
Setakat hari ni,
teman saya hanya lah Tuhan.
4 comments:
Salam Hani,
Dah lama akak rasa gitu, memang gitulah..kawan2 yg ada
Hanya pada Allah swt sahaja, kita perlu berserah
Allahu Akbar
Allah maha mengetahui..pada dia tmpt kita ngadu kak
alhamdulillah, setiap fasa hidup IM, IM selalu mempunyai seorang sahabat yang umpama permata di celah-celah pasir pantai...
Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil...
Post a Comment