Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 24, 2012

Saya tak ada kat situ.....

Seronok baca pasal 'Gathering Bloggers' di Bandar Baru Bangi semalam.
Saya duk tengok foto2 yang di upload oleh mereka.
Ada wajah2 yg saya kenali di alam cyber ni.
Sayang sekali saya tak dapat hadir.
Dah la jarak memisahkan,
masa pun tidak menggizinkan.
Ikut hati memang lah nak jumpa di alam maya.
Hmm..Lain kali jer lah.
Tapi kan,
Saya ni pandai ke bawa diri di tempat yg macam tu?
Berada di antara orang2 yg tak pernah saya jumpa?
Saya kenal siapa saya.
Seorang yang cukup payah nak rasa selesa bila di dalam kumpulan baru di kenali.
Rendah diri kerana saya tau siapa saya.
Takut juga kan, saya ni hanya melukut, serba kekurangan.
Hmm...Nampak gaya nya saya lebih seronok tgok orang lain berseronok.
Begitu lah saya selamanya.
Tumpang gembira.

4 comments:

Unknown said...

saya pun rasa berat dan dup dap dup dap juga nak berjumpa di alam nyata kali pertama.. tapi di kuatkan semangat, akhirnya sampai juga. apa-apa pun dalam semua hal, pertama kali memang susah ..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

Alahhhh, janganlah kata gitu, akak sendiri pun tak reti nak beramah mesra dengan orang2 baru tapi bila dalam situasi gitu, ada jer orang2 yang peramah tegur kita.
Akak amat2 ingin berjumpa dengan Hani, mungkin dilain masa jika ada rezeki dan panjang umur..InshaAllah

Gadis Kampung said...

GK pun tak join juga..huhuhu tak tau pun...

Anonymous said...

Saya lagi teruk rasanya. Selalu jadi kera sumbang bila ke majlis yang tak ada kenalan. Tak pandai nak bercerita...alahai, mana saya nak cekau skil bercerita ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...