Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 10, 2013

Cable size XXXXL


Mujur esuk tak yah ke sekolah,
kalau tidak entah macam mana saya nak tunjuk muka.
Muka hodoh ni bertambah hodoh dengan bantuan ruam merah dan bengkak di sekeliling mata.
Time macam ni kalau awak nak saya muat turun foto saya di sini, jawap nya 'No way!'
Bayar beratus pun tak nak ...Kalau beribu nak.
Nak keluar rumah pun rasa macam nak pakai topi keledar yg ada penutup muka tu.
Nak pakai topeng dan baju Ultramen pun tak muat.
Aiyaaa...kenapa pulak saya duk cerita pasal allergic saya ni,
bukan ini yg nak saya ceritakan.
Nak cerita pasal kawan saya yg cari makan di bawah bumbung yg sama dengan saya.
Sama2 kuli gomen, sama2 kais pagi makan pagi, tengahari, petang dan malam makan lagi.
Saiz pun serupa.
Kawan saya ni dah nak pindah ke sekolah lain dah.
Uwaaa.....! Cedih lah saya ni.
Kehilangan seorang kawan lah saya nanti.
Walau ada Sheila, Sham, Zini, Ros, Zipah, Yam dan 45 orang lagi,
tetap tak serupa, tak sama.
Setiap kawan ada kelebihan mereka sendiri.
Rozan saya suka kerana kami boleh cerita2 dan gelak2.
Rahsia ku rahsia mu.
Kesian Rozan,
Dia mangsa keadaan.
Nak cerita pun payah sebab complicated.
Tak yah tau lah..

Rozan,
Biarlah mereka bergembira diatas duka mu.
Biarlah mereka berpesta di atas kekalahan mu.
Tuhan itu satu.
Rahmat bagi mu lebih banyak menanti.
Pintu rezeki mu bertambah luas terganga.
Dengan izin Allah tidak ada yg mustahil.
Tabah lah, payah ini sementara.
Aku doakan yg terbaik buatmu di sana.
Semua ini ada hikmah nya.
Sabar lah Rozan,
Adat dunia memang begitu.
Yang ada 'Cable' dia lah juara.







3 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

memang orang sekarang pandai pakai cable besar tapi akak juga ada cable paling besar tapi xpernah pakai..hik3x
tak suka terhutang budi..

Ibu n Abah said...

ooooooo ini citer 'cable'nya..
berjaya atas usaha sendiri bersama kurniaan ALLAH snw lebih bermakna drp mempergunakan 'orang tertentu' untuk berjaya.
Kepuasan tu sangat berbeza..

azieazah said...

Teringat seorang rakan blogger, guru yang sudah 3,4 tahun berturut dok apply nak tukar, asyik gagal. Sedang dia kena memandu lebih sejam utk sampai sekolah. Ada anak kecik lak lagi. Tiap hari balik ngajar, sampai rumah dah malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...