Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 24, 2013

Khamis

Pagi pagi dah tunggu Tesco bukak pintu.
Gaji ke tidak, itu lah kerja saya kalau hari cuti.
Beli barang keperluan dan barang tidak perlu jugak.
Saja, suka jalan2 dalam pasaraya-terapi minda.
Balik rumah angkut segala dari kereta ke ruang dapur.
Yang beku ke freezer., yg patut masuk kabinet, masuk kabinet.
Barang seludup kena cepat2 masuk tempat rahsia sebelum orang tanya..
"Tu beli per benda tu..Bazir lah tu!"
Eleh, saman JPJ pun kita tak heran, ni kan saman dia.
-Jom gi Pengkalan Kubur, beli buah 'Pauh Mas Hitam'
Mak oi, sikit punya jauh, kat pasar KB pun berlambak
Tapi sebab poket bengkak, pergi jugak lah.
Lagi pun kalau public holiday macam ni sah ramai orang.
Maka saya hanya nak tolong ramaikan lagi orang kat situ, tu aje.
Pusing pusing, sudahnya tak beli apa pun.
Abaikan ayat di atas, ayat menipu tu!
Saya beli baju untuk anak cucu.
Beli thermos kecik..Nak buat apa belum tau, saja rasa nak beli.
Sekadar penuh bonet jer.
Pauh Mas Hitam? Eh lupa laaa.....
Balik rumah dah zohor, terus masuk bersilat di dapur.
Ramai orang lapar sedang menanti nak makan.
Orang lapar yg sedang masak pun garangnya bukan main lagi.
Sambil masak mulut tak berenti pot pet pot pet.
Maklum lah letih nyopping belum habis sambung letih di dapur pulak.
Teringat lagu P Ramlee
"Begini lah nasib diri ku yg malang oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sedikit orang dah meradang
bekerja kuat nanti sakit tulangggg
Sakitttt tulangggg...."
Tapi saya tak kerja berat pun.
Saya tak sakit tulang.
Nasib saya pun tak malang,
Syukur seadanya.
Malah kalau nak keluar nyopping sekali lagi petang ni pun boleh.
Dah nama pun kaki shopping kannnnnn....!
Boss, esuk kita ke Cameron highland nak?
Amboiii...kalau awal bulan otak ligat sungguh.
Di akhir bulan, monyokkkkk...
This is me. 100% me.


3 comments:

insan marhaen said...

Hujung bulan boleh pergi shopping, kira good budget planning lah tu!

Ibu n Abah said...

hihihihi...
nyanyi reput tulang (waktu kena masak tu) tu yg best sekali tu..
tapi kalau nak gi nyopping second round tak menolak...
itu yg best kerja di opis(rumah) sendiri, kan cikgu...

munna said...

mcm tulah ye kak bila dah jadi ibu mithali ni.... tapi bab menyopping dia awal2 gaji mmg best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...