Tok sah cakap lah, walau ramai mana kawan kita, berlori sanak sedara kita,
masa kita susah hati, kita kesaorangan.
Saya tak tau lah orang lain,
mungkin mereka lebih bertuah dari saya.
Tapi saya ni,
Luka pedih pilu di hati.
Saya tanggung sendiri.
Kalau soal hati memang tak siapa yg dapat ramal.
Apa di dalam hati saya hanya saya yg menanggungnya.
Bukan nak tuduh orang lain tak ada belas kasihan.
Ada.
Tapi tak semua perit di hati dapat saya kongsi.
Ada yg terlalu personal dan hanya Tuhan saja tempat saya mengadu.
Kalau setakat nak lelong air mata bukan saya lah.
Kalau saya menangis pun, menangis dalam bilik air.
Berjurai jurai air mata bersekali dgn air paip/shower.
Saya rasa kalau saya luah pun bukan nya orang boleh tolong.
Setakat tolong dengar dan silap hari bulan tolong sebarkan tak payah laa.
Saya lebih suka kongsi ketawa.
Kadang tu bila kongsi ketawa, hati saya terubat.
Cukup bersyukur yang saya masih ramai kawan ketawa.
Eh, sunyi awak tau kalau tak ada orang nak gelak2 bersama.
Nak keluar jalan2 pun saya sentiasa ada kawan, ada kaum keluarga yang nak join sama.
Tak apa lah, itu sudah lebih dari cukup.
Tak apalah kalau bantal saya lenjun,
asal bantal orang lain tidak.
Tak apa lah kalau pun dalam ketawa saya menangis di dalam
Jangan orang sedang bersedih saya yg ketawa sorang2.
Tu dah tahap parah dah kalau macam tu.
Sebenarnya bila ada orang cakap,
"Awak ni ceria betul, tak pernah ada masaalah ke?"
Nak saja saya jawap,
"Ada. Awak nak sikit tak?"
1 comment:
I dua'a u sabar.. INSYALLAH.. sometimes kesediahan itu tak semua boleh kita kongsi kann.. but believe me.. kesedihan itu akan hilang.. pasti...
Post a Comment