Nyampah betul lah dengar komen " Risau la, I dan masuk 50 ni...."
Kami yang dah bertahun masuk era '5 Series' ni tak kecoh apa pun.
"Nak makan ubat apa, nak pakai krim apa yer...?"
Laaa...Pakai jer krim cap 'Redha'
Telan saja pil 'Kenyataan'
Lainlah kalau awak ada masaalah kesihatan berkaitan dengan usia.
Tu kena jaga pemakanan tu, gi checkup.
Heran kan, bila meningkat usia yang di fikirkan hanya lah pasal fisikal.
Kesihatan mental tu penting..Ingat mati jugak!
Kalau dah tua tu sinonim lah dengan kedut dan kendur.
Tak kan usia 50 nak suruh kelihatan macam manis 17 gitu.
Awak tak tau ke, barang lama mahal tau!
Kelas gituuu...
Muzium duk cari..Artifek sejarah.
Eleh, setakat saham jatuh tu tak pelik.
Muda2 dulu pun bukan laku mana..Hahahahahaha!
(Sory, jgn marah, kan awak tak suka cepat tua?)
Saya tak kisah kalau orang cakap saya nampak tua.
Dah memang tua kannn..
Kalau ada orang cakap saya nampak muda saya naik risau pulak.
Mana tau kot orang tu nak 'jek' saya, nak pnjam duit ke..
Sah sah dia tak ikhlas.
Lain lah kalau mereka yg cucuk tang sana cucuk tang sini.
Gerenti nampak muda, macam anak patung yg tak ada nyawa.
Muka keras nak senyum pun takut tembus pipi.
Yer, saya dah berkedut seribu. Ngaku.
Tapi ada saya kesah?
Kedut lah nak kedut berlipat2 pun..Redha.
Kendur lah nak kendur sampai menyapu lantai pun,
Kecut lah nak kecut sekecut kecutnya pun
Doa saya pada Tuhan hanya lah,
Panjangkan usia saya supaya saya dapat bayar saman2 kesalahan saya tu.
Juga supaya saya dapat menambah simpanan dalam akaun pahala saya.
Berikan saya kesihatan yang baik supaya saya tidak akan membebankan orang lain.
Tebalkan keimanan dan tabah hadapi hari tua yang entah macam mana nanti.
Suntikkan redha kedalam hati saya,
supaya saya dapat menerima ketentuan Tuhan dan berlapang dada.
3 comments:
Salam..x perlu risau dengan 'tua'..tiba masanya akan lalui gak
Tua itu fitrah kehidupan cucuk seribu kali pun tetap akan tua, banyak kali cucuk muka makin nampak pelik.dan hodoh huhu tak nak lah aku biarlah kedut seribu tetap nampak asli muah muah
Kata Puan itu betul sangat
Masa tua ni kita kena:
* Qada'kan solat2 kita yg dulu mungkin tertinggal, tak sempurna,
sebab kita ni entah dapat ketidak meniti titian sirat tu nanti, siksaan kubur, lepas ke kita ni...?
* Jika dah tua ni kita masih fikiran macam masa umur 25, tentu amatlah rugi, 20 tahun akan datang, kita belum tentu hidup lagi....
Post a Comment