Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 19, 2013

Teringat.

Tiba tiba teringatkan orang orang yg pernah hadir dalam hidup saya.
Ada yang hadir dan memberikan saya kebahagiaan.
Ada yang hadir bagai kuman yang membawa penyakit.
Di mana mereka semua ni sekarang?
Lama sungguh tak dengar berita.
Hidup lagi kah?
Sihat kah?
Yang kuman tu masih menjadi kuman kah?
Yang membahagiakan tu sudah tentu sentiasa diberkati Allah.
Terkenang gelak tawa, senyum mesra lawak jenaka.
Terimbau setiap lirikan mata dan gaya.
Teringat juga luka yg terbit dari cerita semalam.
Terasa masih baru, masih di ingatan.
Masih kan diri ini ada di ingatan mereka?
Atau hanya aku yang sering mengulang tayang siri lama
sedangkan nama ku pun dah mereka lupa.
Tak apa lah,
Bukan ku pinta untuk di kenang.
Cukup lah ingin ku katakan,
Detik yg kita lalui bersama dulu tidak akan berulang.
Kenangan manis menjadi ingatan
Kenangan pahit menjadi pengajaran.

2 comments:

azieazah said...

Cuba la jejak kasih. di FB mungkin?

Kakcik Seroja said...

Kakcik kian malas mengenang kerana yang dulu pernah disayang tiba2 membuatkan diri rasa terbuang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...