Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 20, 2013

Benda baru

Baru lepas bincang pasal pemasangan PED di perut Ja.
Fening saya la, pasal 'Double Lumen Trach' pun belum khatam lagi belajar,
ni nak kena belajar benda ni pulak.
Banyak nya kecanggihan teknologi sekarang ni.
Macam macam benda ada untuk mudahkan cara penjagaan orang sakit.
Pesakit macam Ja ni, perlu penjagaan rapi.
Nanti ada lah  team yg akan ajar saya cara2 penjagaan/nursing care.
Harap2 mereka bersabar dengan saya yg 'Benok' nih.
Perkara paling penting ialah untuk tidak biarkan paru paru dia penuh.
Kena belajar sedut guna alat sedut tu.
Kena acap buat ni untuk elakkan Ja choking again.
Saya juga pastikan sendi2 dia sentiasa bergerak agar tidak kaku.
Ini saya pandai dah, dah belajar dari Physiotherapist baru ni.
Ja juga perlu di alih kedudukan setiap dua/tiga jam.
Ini masih di buat oleh Misi di ICU.
Nanti balik rumah, saya dan bibik lah yg akan balik2kan posisi dia..
Kalau tak diubah sekali sekala bimbang takut dapat 'Bedsore'
Well, so many new things to learn and my old brain is trying hard to cope.
But I will try, lama2 dah biasa buat tu ok kot.
Sebenarnya saya takut untuk hadapi kehidupan baru saya ni.
Takut nak melangkah ke depan tapi tak leh undur dah.
Takut saya tak dapat buat yg terbaik untuk Ja.
Tapi takut pun saya kena buat jugak, kena cuba jugak.
Ja, jangan risau, selagi mummy ada dan sihat, mummy jaga Ja.
We have each other.
I love you all the same although you can no more call me 'Mommy'

10 comments:

Kakcik said...

Assalamualaikum,

Mungkin boleh baca blog Abil (warkah buat ister) tentang bagaimana dia menjaga Gee. Sekadar cadangan kakcik je...

che mid said...

That's my girl!!! Positive!! Tak payah toleh-toleh lagi, dan tak payah tanya-tanya boleh buat ke tidak. Allah dah bagi tu maknanya 'YOU CAN DO IT' for Ja and ALLAH!

makchaq said...

InsyaAllah.. iklas hati mak akan buatkan semuanya jadi mudah...

Boleh makchaq tanya? macam mana Ja boleh jadi macam ni?

Nizam.Ariff said...

kasih ibu sepanjang hayat..
biar besar mana pun anak itu, di mata ibu, anaknya masih kecil dan manja...

Haslina said...

Good kak, I can sense your strength in this post. You can do it!

Granny Hani said...

Salam Kakcik, anak saya Pija lah yg memperkenalkan blog Abil kepada saya.Memang kes seakan sama. Banyak yg saya nak belajar dari Abil, InsyaAllah saya akan hubungi beliau bila ada kelapangan nanti.

sal said...

moga Allah terus memberi kekuatan kesabaran dan pertolongan pd ticer Hani..

makcu B said...

Kak Nie boleh! Ticer..... bukan benak manapun. Cakap orang puteh.... boleh, sebut benda2 dalam Bahasa Inggeris pun lancar... Cepat khatam nanti. Semoga K. Nie dan Wan sentiasa sihat untuk jaga Ja.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Sedih dan sebak rasa di dada. Sentiasa doakan semoga Ja cepat pulih dan cikgu terus diberi kesihatan yang baik dan ketabahan hati menempun dugaan yang berat ni.

ma yusoff said...

amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...