Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 22, 2013

Lelaki ini yg menyayangi mu..Tanpa Jemu



Lelaki ni
Besan saya.
Ja panggil dia ‘Abah’
Tak banyak cakap
tapi bila sya tengok air muka nya waktu dia memandang Ja saya tau hati dia.
Sekali sekala dia pandang ke arah lain seperti menyembunyikan sedu pilu seorang abah.
Walau kaki dia tak berapa kuat, dia gagahi juga untuk dtg ke wad.
“Ja, abah datang….”
Air mata abah tertumpah di sini.

Lelaki ini,
Anak sulung saya.
Ja panggil dia ‘Abe’
Satu satu nya abang tempat ja bermanja.
Jarak tidak menjauhkan.Pantang ada cuti dia pulang.
“Abe balik ni Ja….”
Tu kata Abe setiap kali dia menjengguk adik nya di katil hospital.
“Esuk Abe nak balik ke KL dah, Ja cepat sembuh k”
Harapan seorang abang menggunung.

Lelaki ini
Suami saya.
Ja panggil dia ‘Papa’
Uzur dan lemah pergerakan.
Ja anak perempuan dia, buah hati papa.
Papa usap dahi Ja setiap kali berada di birai katil.
“Papa nak Ja kuat, Bangun lah Ja, Ja kan janji nak rawat papa…”
Sebagai bapa dia rasa sungguh tak berdaya, berserah kepada yg Esa.

Lelaki ini,
Menantu saya
Suami Ja.
Lelaki yang tabah ini sentiasa di sisi Ja.
Sentiasa cuba untuk nampak kuat
Hati di dalam hanya dia yg tau.
Wajahnya sentiasa tenang 
Ketenangan itu lah yg menyokong saya utk terus berdiri.
Bacaan surah yasin nya menemani tidur isteri.
Hembusan doa di telinga Ja meruntun hati saya.
InsyaAllah Wan, Ja dengar tu…

Lelaki berdua ini cucu saya.
Dua cahaya mata Ja, belahan hati Ja.
Tak tahu apa apa.
Tak faham.
Ja, demi mereka berdua,
Kuatkan semangat dan bukak lah mata.
Anak2 Ja ni sangat2 perlukan seorang ibunda.
Tak sanggup rasanya nak lihat mereka tanpa Ja,
di usia semuda itu..

Lelaki lelaki ini,
Gagah perkasa berurat dawai, bertulang besi.
Kerana Ja, dawai besi bisa saja hanyut bersama emosi.
Berombak dada keluli kamu bila kamu cuba sembunyikan tangisan.
Tak apa, sebak itu tanda kamu lelaki yg punya perasaan.
Kamu lah lelaki kesayangan Ja dan menyayangi Ja.
Kerana sayangkan Ja, lelaki ini perlu ku pesan berkali kali,
If I may break down and crumble, its becoz I'm her mother, I am a woman, I am weak but you guys...
You r her heroes.
Be strong.
Be strong.
For the sake of Ja.

9 comments:

Anis said...

KLong,Ja n U r lucky to hv all those strong lelaki. KLong pn strong mcm lelaki2 tu gak, maybe even stronger. Semua org akan terus berdoa agar kesihatan Ja makin baik, insyaAllah.

Haslina said...

In sha Allah Ja akan bangun. Ramai duduk tunggu dia ni terutama 2 budak lelaki comel itu..

Ibu n Abah said...

Cikgu
Tak pernah coretan cikgu di fb tau di blog saya terlepas..
Kali ini memang terasa tersentap dihati luahan cikgu..
Mengalir airmata saya pagi ini..
Cikgu sangat kuat
Semuga doa2 semua menyembuhkn Ja...

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Saya tahu Kak Hani sangat kuat dan tabah menghadapi segala ujian selama ini. Semoga Kak Hani lebih kuat lagi menghadapi situasi Ja kini. Berat mata memandang, berat lagi bahu Kak Hani yang memikul. Setiap coretan Kak Hani pasti meruntun jiwa sesiapa saja yang melewatinya.

Semoga Allah s.w.t mendengar rintihan dan memakbulkan doa kita semua. Semoga Ja akan segera kembali sembuh seperti dulu...kembali bersama keluarga.

makcu B said...

Ya, Allah!
Selama mana lagi Engkau mahu menguji mereka ? Sembuhkanlah permata hati mereka ini....

ktpwiradamai said...

Assalamualaikum kak hani...semoga ka kuat dan tabah. Allah mendengar segalan permintaan kak. Insyaallah anak akak akan sembuh. Syg kak.

Ezza Muffinbiru said...

Sedih nya saya rasa,teringat pada arwah anak saya yang pergi dgn tiba2. Semuga cikgu tabah dan redha

Ros said...

Allah sentiasa bersama akak..

Irfa said...

MAAF..SY DAH TAHAN AIRMATA
TP DIA TUMPAH JUGAK
MAAF SGT2
YA ALLAH.SEMBUHKAN JA
WPUN SY BARU HARI NI DPT KHATAMKAN SEMUA ENTRI..WPUN SY SEDIKIT BLUR TTG KEJADIAN SEBENAR,TP SMGA ALLAH DENGAR DOA SAYA UTK JA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...