Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 27, 2013

Wan temankan Ja, Mummy balik rumah jap

Balik rumah for a couple of hours.
Masa ni saja saya sempat ngadap laptop.
Sempat jeruk hati dan nangis jugak.
2 in one...Nangis sambil Update blog.
Dua2 terapi jiwa kan.
Macam tak de kerja lain.
Tu pun kalau bukan hujung minggu.
Esuk niat nak duk spital dan tak balik rumah langsung.
Papa dan Anis tak bersekolah esuk jadi saya akan teman Ja sepanjang hujung minggu.
Urusan kat rumah boleh KIV.
Sekarang ni pun rumah saya persis negara di langgar garuda.
Tunggang langgang.
(Bik, bila la ko nak sampai nih...)

 Malam tadi malam kedua di Bilik wad 8
Beralaskan tikar plastik harga rm12, saya lelapkan mata.
(Tidor atas katil emas tilam baldu pun belum tentu dapat lena kan?)
Nasib baik ada selimut sbb aircond sejuk sgt.
Kepala berlapik kusyen.
Bila perlu sendal Ja dgn kusyen, saya alas kepala guna sejadah/telekung.
Nyenyak walau sentiasa terbangun untuk awasi keadaan Ja.
Nyenyak sebab badan penat dan otak kerja over time.
Nyeyak sebab malam semalam tak tido.
Nyenyak sebab Ja ada dekat.

 Keadaan Ja hari ni biasa2 saja.
Masih ada low grade fever.
Dia banyak tidor.
Tersedar hanya bila secretion banyak.
Dia dah boleh batuk2 dah,
perkembangan yg positif rasa nya ni.
Tapi mata dia masih tak mau pandang saya.
Tak focus.
Panggilan belum berjawap jugak.
Ja kurus sangat dah.
Cengkung.
Small n fragile.
My darling baby is what she is.
Tak per, slowly Ja yer, be strong and prove that the doctors r wrong.
Petang semalam yang berkunjung semua cakap Ja nampak ada improvmnt .
Yer ke...Ke awak nak sedapkan hati tua saya ni aje?
Ok, got to stop now, nak breakfast dulu.
By the way, am I really that thin?
semua orang duk komen cakap saya susut badan.
Ker tu ayat nak sedapkan hati saya jugak?
Whatever!





8 comments:

Kakcik said...

Hati seorang ibu...

che mid said...

Dah nangis tadi kan.. ha skrg pergi breakfast ok.. tak mau nangis, nangis pospon masa update blog esok. Cayang you manyak-manyak..

Anonymous said...

Salam K'hanny,

Even though I am your blog follower, your fan, used to respond to your entries before but since your lately entries, I'd been hesitated to respond. I could not come up and offer you any word that may ease your burden.. Yet, I admire your way of releasing your emotional burden.

Keep writing K'Hanny. Like most of your followers, I may not have the cure for your pain but I believe we all are keeping you and your darling daughter in our prayers.

xoxo from Ryaha, FoCo

Ros said...

jaga kesihatan kak... <3

Anonymous said...

Wanita itu..tabahnya dia..tenang air mukanya..siapa dia.? Oh dia ibunya..saban hari..wanita itu..pasti datang..mengusap2 anaknya..membisik kata2 hikmat.. Sering terdengar..wanita itu memanggil anaknya sayu..pija..bangunlah..kelip mata tu.. hari ini aku makan banyak kuih muih..siapa yg bawa ni? Oh wanita itu..terima kasih.. aku sudah lihat tadi..wanita itu menjinjing beg kertas berwarna coklat..oh ya..sebentar lg waktu melawat tiba..mereka pasti datang..aku selalu mencuri lihat dr jauh.. Bila pulang dirumah..aku memandang wajah anakku..aku simpan hasrat dihati..mahu menjadi seperti wanita itu..penunggu yg setia..ibu yg penyayang.. terpancar kesedihan di wajahnya..tapi masih mampu berlagak tenang..bersih air mukanya..aku yakin pija juga begitu dulu..oh patutlah..semua org sayang dan suka kan pija..bidadari syurga..ya tuhan..kau makbulkan doa wanita itu..dia wanita istimewa...

Haslina said...

Bila Na tengok Kak Hani, Abe Din dan Wan kemarin, rasa sayu sangat hati. Sorrylah, Na pulak yg terlebih emo. Rona muka Ja kemerah2an, Na bukan dok tor tapi naluri Na berkata, In sha Allah Ja akan sembuh, cuma she needs time to heal.. Na doakan Ja boleh balik ke rumah Ramadhan nanti.. Doa Na sentiasa untuk Ja dan Kak Hani sekeluarga..

Luxee said...

Be strong to you and also to myself!

Anonymous said...

tak slahkan nak sedapkan hati mummy. good feelings to lighten your load. We all want to see improvements. Hope to hear more postive developments in Ja and mummy too.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...