Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 26, 2013

Janji saya sihat dan panjang umur.

Semalam Ja di pindahkan dari ICU ke wad biasa.
Rutin harian saya pun turut berpindah.
Kelmarin saya seharian kat hospital dan sempat juga ke hulu hilir selesaikan urusan keluarga yg lain.
Awak mungkin tak percaya kalau saya kata saya pakai baju yg sama dari pagi semalam sampai ke pagi ni.
Nak mandi pun tak sempat.
Semalam saya bermalam di bilik Ja.
Banyak sungguh yg perlu di buat.
Feeding 3 jam sekali dgn bantuan Misi lagi.
Ubah position 4 jam sekali
Bukak sarung kaki every 4 hours for 2 hours, lepas tu pakaikan balik.
Cuci Double lumen (Inner tube) tu every half an hour sbb baru tukar.
Suction in between all this,
Fisio di semua limbs paling kurang 3 kali sehari.
Conclusion nya saya langsung tak de masa untuk tidor pun malam tadi.
Selepas subuh bila Wan dtg tukar shift, saya berkejar2 untuk hantar Anis dan papa ke sekolah.
Ni kat rumah sedang tunggu washine machine bunyi 'ding dong ding dong'...
sempat la update blog dan lipat kain yg dah berkedut seribu dlm bakul tu.
Badan pun segar sikit sebab dah mandi.
Dalam sink pinggan mangkuk gelas tunggu kalau2 ada yg simpati nak tolong cuci.
Nak kadha tido? Impossible.
Dari tido kat rumah baik saya ke hospital.
Lagi pun kesian Wan tuh, pagi tadi masuk shift tanpa breakfast lagi.
Lepas ni kuar beli breakfast buat Wan dan terus ke hospital lagi dan rutin ni akan berulang lagi.
Penat?
Takkk...InsyaAllah kalau Ja dapat pandang ke dalam mata saya,
10 kali ganda penat dari ni pun saya sanggup.
Ding dong ding donggg.....
Kita jemur kain dulu!

14 comments:

Haslina said...

Semoga kak Hani terus dikurniakan kesihatan dan kesabaran... Jaga kesihatan kak jugak, ya...

Anonymous said...

Smga ketabahan dan ssh pyh aunty dan wan sekeluarga mnjaga ja akn dibalas dgn nikmat yg tidak terhingga drNya...
InsyaAllah,ja hnya perlukn sedikit ms jer lg utk bangun dan senyum pd aunty semula spt sblm nie..
Sbr yer aunty...

mokjadeandell said...

alhamdullilah Ja dah keluar dari ICU.
Kalau dekat mau pergi jadi sukarelawan membantu...
hanya termampu ...berdoa agar Ja dapat sembuh segera seperti dulu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Kak ani sentiasa doakan agar Cikgu Hani diberikan Allah kesihatan mental dan fizikal.

Anonymous said...

alhamdulillah pja dah keluar dari ICU. pja, lps ni cepat2 bangun deh,ramai doh ore dok rindu ko pja ni. hok tok kenal pong rindu, apetah lagi mommy & wan. pja bangun deh. insyaAllah kita semua pakat2 doa.

Kakizan Omar said...

Semoga Allah SWT permudahkan urusan.. :D

Nizam.Ariff said...

Tabah dan sabar...

Anonymous said...

Semuga Allah SWT memberikan yg terbaik.Amin Ya Rabal Alamin.
Hj Zul Yamat dn keluarga

A.I said...

Salam Kak Hani. Semoga akak akan terus kuat & kuat lagi semangat. Insyaallah semoga semua yg terbaik utk Ja..

ding dong ding dongggg...ha, bunyik dah lagi ;)

Ros said...

alhamdulillah ja dah dipindahkan ke wad biasa...perkembangan yg positif tu kak hani..

moga Allah mempermudahkan segala urusan akak...

makcu B said...

Alhamdulillah, Ja beransur baik. In Sya Allah... Ja bulih pulang Ramadan nanti....

Anis said...

Alhamdulillah Ja dh pindah wad biasa. Moga kesihatan Ja akan bertambah baik. Anis doakan agar KLong terus dikurniakan good health utk hadapi this new routine. Make sure KLong rest jugak ya....

sal said...

HANI...sya mengenali seorg doktor hemopati ketika menganjurkn ceramah kesihatn di sek..dr trsbut pernah merawat kes2 kritial spt koma,kdgkala pergi ke hospital2 keraj juga jika ada kwnnya (dr) minta tolong ...sya minta izin pd beliau untuk memberikn tel-nya pd hani..dr mohd syuhaimi: 0162980083.Berasal kelantan, tpi merawt pesakit merata2 tmpt ..cubalah, kita ikhtiar dan tawakal..

Anonymous said...

ya that's truly a mother's love. we'll never say we are tired. we'll do everything for our children. and that's we always ask, for good health so that we can continue to take care of them. And all these routines are actually helpful to you too. it keeps u occupied and you'll do them willingly and full of hope for dear daughter's recovery. Many will offer doa for you to stay healthy to give your best while waiting for HIS reward. Love keeps u going.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...