Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 23, 2013

Kita merancang saja...

Jamgan nanges lah duhai kawan2 dan yg singgah di blog saya ni.
Biar saya saja yang menangis dan kamu jadilah bahu untuk saya sandarkan kepala.
Saya tahu ramai ibu2 yg dapat merasakan kesedihan saya, terima kasih kerana memahami..

Okey, ni nak cerita plan kami yg terkini.
Tak mo sedih2, janji yang kamu semua akan senyum buat saya.
Kami plan nak bawa balik Ja ke rumah bila dia betul2 pulih.
Maksud kami biar ja sambung tidur di rumah saja.
Tu pun kalau dia nak tidor, mana tau kot kat rumah ni dia pilih untuk bangun kan?
Jadinya,
Papa mulalah renovate bilik khas buat princess dia ni.
Firstly semua perabut masuk store. Sendat store kami tu.
Langsir cuci bersh, seluruh bilik bau dettol.
Tadi Electrician dtg tambah plugs..Ke per benda org panggil yg kat dinding tuh?
Esuk tukang paip nak letak sink pulak.
Reclining bed dah di tempah..Katil baru Ja wei!
Ripple Matress on the way.
Sofa bed dan TV lekat di dinding buat Si peneman pun ada.
( Siapa nak tidur di sini Q dulu ok )
Kabinet utk letak keperluan Ja dan siap di lap dengan dettol lagi.
Bila bau dettol, rasa bersih sgt dah..
Satu lagi,
Papa cadang nak tukar pintu dgn pintu kaca.
Supaya telus pandangan.
Mummy dah cakap suruh tukang pintu yg ukur,
Papa cakap dia lagi pandai dari tukang pintu.
Go ahead lah Papa, jgn kata mummy tak larang.
Rasa2 lah,
Siap pintu nanti, kucing pun boleh masuk kut bawah...
Kalau tak pun, panjang pintu dari rangka pintu..
Eh, betul awakkkk, macam tu lah selalunya.
Opsss....! Sorry Papa.I am talking thru experience jer.
Saya cakap kalau Ja ada sah Ja cakap..
"Papa sokmo gitu!"
Tapi Papa kata kalau dah Ja ada dan boleh cakap gitu,
tak perlu dah bilik ni.........
Papa tilik setiap inci ruang di bilik Ja.
Papa kesat mata..
Mummy x nak nangis tapi keluar air mata tanpa sengaja..
.

8 comments:

Haslina said...

Hahaha... Papa sokmo gitu.. I love this sentence. Kak Hani, you made me laugh and cry at the same time. Na pun tak sabar tunggu Pija balik.

P.S. Tak nak letak ker gambar Imaad dan Iyaad kat sini. I am sure ramai yg nak tengok. As always, hugs and kisses from me. Jaga diri tau..

Linda said...

Maaf mummy...bila baca ayat last air mata dh bergenang.. nasib boleh kawal sbb kat pejabat ni.. huhu..

ma yusoff said...

maaf...cuba tahan tapi tak mampu...mengalir juga...

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Teruslah berbicara dan berceloteh. Kami sentiasa bersama Kak Hani menelan pilu dan menadah doa yang tidak pernah berakhir....

LINA EVERLYNN said...

auntie...mungkin bolehla lina pergi umah di telipot lps2 nie...tengok2 pja jika berkelapangan :)) mungkin lebih senang utk parking kete berbanding d hrpzii.walaupun lina tak sempat hendak pergi.slalu follow belog auntie..

Anonymous said...

Keep on moving.. Keep on praying.. InsyaAllah we are praying for her recovery.. There is light at the end of the tunnel...

Hafizah Mohammed said...

Assalam Ticer...air mata saya tak berapa nak kuat...dia mesti nak jatuh bila masuk blog ni...bertabahlah...Allah selalu bersama kita

makcu B said...

Kat sinki tu... papa juga ke yang nak pasang paip? Kang tak pasal-pasal air memancut ke syiling....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...