Sama ada saya ni penipu
atau pun saya ni optimis.
Mana satu saya pun tak tahu.
Nak kata saya ni penipu,
kenapa ramai pula yang sepakat dengan saya?
Ramai juga yg sokong saya jadi penipu.
Penipu yg menipu diri sendiri.
Nak sedapkan hati sendiri.
Cuba gula gulakan hati dan perasaan.
Atau mungkin kah saya ni hanya cuba bersikap optimis?
Think positive.
Sejauh mana saya perlu think positive?
Perlukah saya terus optimis dan buat tak tau apa yg saya dah tau?
Perlukah saya tutup telinga bila dgr perkara yg saya tak suka?
Nak dgr yg baik2 saja biarpun cerita tak sahih.
Kalau saya tanya Hubby saya,
Perlukah saya ni menipu diri sendiri atau terima kenyataan,
Sah2 kena marah sebab dia langsung tidak percaya pada statistics.
Those r only numbers kata dia.
She is different, she is my daughter.
Alangkah baik nya kalau saya boleh segagah dia,
tak berganjak dari dulu sampai la ni.
Kalau saya tanya pendapat Wan, anak2 lain atau sedara rapat,
semua orang asyik suruh saya terus berdoa dan bersabar.
Siapa kata saya tak berdoa?
Cuma tang sabar tu saya tak tebal mana..
saya ibu dia,
saya lah yg paling nak lihat dia kembali semula sebagai sedia kala.
Tapi saya rasa tak salah kalau saya tidak panjat pohon harapan tu tinggi sangat.
Lagi tinggi panjat, lagi sakit kalau terlucut dari genggaman.
Perlu bersedia untuk kemungkinan yg tak sanggup saya nak sebut pun.
Kan?
Sedia macam mana tu?
Saya tak kan mampu bersedia walau sedia tahu apa yg saya mungkin akan hadapi.
Yang mampu saya buat hanya lah berdoa
Fikir lah sebanyak mana pun, akhir sekali saya balik ke titik mula.
Berserah pada Dia, Tuhan yg maha kuasa.
Saya hanya insan yg lemah, semakin hari semakin lemah rasa nya...
Tak berdaya.
3 comments:
Never...Never...and NEVER GIVE UP!!!! ='(
Kak Hani, miracles DO happen to the chosen ones. Please be positive. Don't ever, ever think of giving up! We are only humans. We have our moments of weakness but you have to be strong for her. I pray that He will listen to our prayers. HE IS THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL.
P.S. Don't neglect your health. Ja will need you WHEN she comes home.
tak pe kak.. kadang2 kita kena gak layan perasaan kita. bila kita dah luahkan, kita akan dapat semangat baru.
cuma cikda teringat pesan pakar motivasi - jika kita terlalu memikirkan benda/perkara yg tak elok, kemungkinan besar benda/perkara yg tak elok itu terjadi kerana ianya dah menjadi seperti doa. Sebab tu kita kena sentiasa fikir positif dan keluarkan aura positif pada org2 yg di sekeliling kita.
Post a Comment