Selepas subuh saya berkejaran ke hospital.
Hari hari soalan yg sama saya tujukan buat Misi di hujung katil.
"Misi, bagaimana dia malam tadi, ada apa2 perkembangan?"
-Tak ada, serupa.
Saya diam.
Katil diam
Selimut diam
Bantal diam
Kerusi diam
Tong sampah diam
Tiub dan wayar2 talian hayat diam.
Bisu.
Faham.
Saya pesan pada hati supaya sabar .
Pesan pada mata supaya tahan tangisan.
Pukul 7 saya pulang.
Memandu sambil menampal koyak di kantung harapan.
3 comments:
Salam Cikgu,
Sama-samalah kita doakan semoga Ja pulih seperti sediakala.
assalam..
ALLAH tahu ujian buat setiap hambanya..semoga dia cepat smbuh..sama2lah kita doakan.
In syaa allah doa ibu akan dimakbulkan..
Post a Comment