Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 19, 2013

Di keheningan malam..

Pukul 1 pagi.
Terjaga dari tidor.
Tik tok tik tok...
Kenapa...
Mengapa...
Jika...
Kalau..
Agaknya..
Malang nya nasib saya.
Tik Tok
Tik Tok
Kul 2
Tik Tok
Tik Tok
Solat,
Doa
Bukak Quran, baca sekejap, nangis lama.
Diam dan tergolek atas sejadah.
Malangnya nasib saya.
Tik Tok
Tik Tok
Kul 3
Tik tok, tik tok..
Lambatnya pagi.
Malang nya nasib saya
Kul 4
Senyap sunyi.
Orang lain di buai mimpi.
Mimpi saya hanya mimpi ngeri.
Malangnya nasib saya.
Kul 5
Okey, boleh bangun bersiap siap utk Subuh dan saya nak ke Hospital.
Tidak ada yg lebih di tunggu2 dari waktu melawat Pija di ICU.
I'm comingggg......Ja, Mummy datang ni!
Sian Ja, malangnya nasib kita.

6 comments:

mokjadeandell said...

Mamason pernah alami begitu hingga tak tahan.Jumpa perawat dan dia bagi ayat quran suruh amal.Alhamdullilah berkesan buat saya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Cikgu Hani,

Akak doakan semoga Allah makhbulkan doa cikgu sebagai ibu Ja. Kami juga pohon pada Allah semoga Ja pulih seperti sediakala.

awjan said...

salam...untie hani..sejak sy mula bc blog ni..sy xpernah miss utk setiap entry untie hani..

setiap kali tu jgk air mata saya akan mengalir..hati kecil saya sentiasa berdoa utk anak untie..saya tak pernah mengenali ja dgn lebih dekat(tapi ja,kwn husben sy di husm)..

tapi..bila sy sentiasa mengikuti blog untie seolah2 sy kenal rapat dgn ja..doa sy moga ja cepat sembuh,dan untie kuatkan semangat..semoga Allah perkenankan doa kita...

-najwa-

Anonymous said...

salam auntie.. saya pon bukan kawan pja dan tak pernah kenal dgn pja / ur famili sebelum ni tp bila terbaca kisah pja di facebook, timbul rase sayang pada pja dan berdoa supaya pja cepat sembuh seperti sedia kala. saya yakin ramai lagi org mcm saya yg sentiasa doakan pja, imaad, iyaad, auntie dan seterusnya. alhamduilllah byk organ pja yg dah tunjuk improvement. pja nak tido sikit je lagi tu auntie, insyaAllah she will come back to you soon. amin.

a.samad jaafar said...

saya tak tahu duduk cerita yg sebenar..apa2 pun moga segalanya baik2 saja..

SITI ZUBAIDAH YUSOH said...

Puan Hani, semoga Allah menjawab doamu. Pasti ada hikmah yang terbaik untuk segala yang berlaku. Saya turut mendoakan yang terbaik untuk Ja dan Puan sekeluarga. Siti JB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...