Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 8, 2008

Berkorban apa saja










Salam Aidil Adha kepada semua teman..
Well, dlm sibuk2 pun aku cuba jugak isi sedikit catatan dlm blog ni...
Hari ni umat Islam di seluruh dunia menunaikan Ibadah Korban.
Macam biasa lah, family aku ni tumbangkan seekor lembu...
Kat sebelah rumah dalam kebun mak mertua aku.
Kawasan tu semak sikit,
Aku memang tak jengok pun sebab aku takut pacat.
Lagipun aku sibuk di dapur.
Terdengar riuh, hilai tawa dan gurau senda sedara2 yang jarang2 dapat berkumpul ni...
Sesekali aku intai menerusi jendela dan apa yang aku nampak ialah beberapa orang sedang melapah lembu yg baru tumbang..
Yang lain tu tukang sibuk jer.
.Ayah Mae nmpak tercegat menjadi penonton yang setia.
Ayah chik pula berpeluh peluh..
Along pulak jadi cameraman, tak lepas peluang amik gambar..
Iman tu dah nangis sebab takut tengok darah..
Aisyah sedaya upaya pujuk sepupu nya tu..last2 makin kuat jerit nya..
Pak kop, tukang sembelih begitu penat hari ni..bajunya berbungakan darah haiwan.Kata pak kop lembu kami tu yang ke 11 yang dia sembelih hari ni..Kalah serial killer nih!
Kimi, Syakir Dan Ismail bergilir gilir hantar daging ke dapur untuk di potong oleh Cik Ti dan Cik Na..
Iffah dan Syaza duk melayan yang kecik2..ramai sungguh, boleh bukak nursery..

Tiba tiba mata ku tertumpu ke bangku kayu di tepi pintu belah dapur..
Wajah nya tidak seceria biasa..
Namun senyuman nya masih cuba di ukir di bibir walau aku sedia mengerti ada sesuatu di hati nya..
Hati seorang ibu yang tersentuh..
Mama, sabarlah, Kami semua tahu apa yang Ma rasa.
Kalau boleh tak mahu Ma menanggung duka itu.
Begitulah Ma, dugaan datang dalam berbagai bentuk
Kita harus redha menghadapinya.


Ok, makan tengahari dah siap...Jom makan.
Aku nak naik ke bilik atas jap, nak solat dan tido.
Let me alone k.
Aduuuuui....penat nya!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Pacat,tringat pacat yg lumat kena pijak dengan kaki kknie kat dapur umah ma suatu ketika dulu,mati katak pacat tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...