Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 4, 2008

Aku, dia dan dia..



Ku korban kan kemahuan ku,
keinginan ku, cinta ku…
Demi dia yang ku sayangi.
Rela berdiri sendiri di penjuru ini
menghirup sisa cinta sambil membelek
kenangan kelmarin yang kami cipta
Relakan aku menjadi bayang
mengikuti langkah nya secara diam
Cukup lah asal ia tahu dan sentiasa ingat
Aku masih di sini mengumpul rindu
menjinakkan cemburu... .
Aku kan pujuk rasa demi semusim bahagia
Menyedari aku hanyalah musafir
yang bertamu dihati nya….
Ku undur selangkah memberi ruang
agar dia dan dia
selesa berbahagia
Memahami dan sedia tahu
Siapalah aku... ...

1 comment:

sir nik said...

puisi yang syahdu dan dalam maknanya..walau apapun setiap kehidupan perlu ada pengorbanan.. salam aidil adha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...