Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 26, 2008

Badai itu semangat juang


Orang kata kalau tak nak di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai..Silapnya dah buat rumah kat situ..kena lambung ke, hanyut ke, kena pastikan boleh bertahan lah..kalau tak lemas jadi nyer.setakat ni paras2 hidung gitu..Hampir tenggelam tapi terkial kial berenang lagi ni..Yer la nak pindah kat bukit pun takut tanah runtuh macam Bukit Antarabangsa pulak.
Sebenarnya kat mana pun kita berumah, selagi kita cekal dan tabah..Kita boleh terus menjalani kehidupan dengan seadanya..Bukan semua orang boleh duduk dalam istana..Malah dalam istana pun bukan semestinya segala nya di jamin selamat.


"Aku ingin berumah dihati mu,
Bermukim di jiwa mu..
Bukan musafir lalu yang
layaknya hanya singgah..
Hamparkan aku rindu mu
Aku tidak lagi datang
untuk bertamu.
Kaki ku sudah penat.
Aku harus berehat di rimbun
kasih mu..
Selamanya..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...