Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 27, 2008

Untuk Adik Ruzainie

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-13.Semoga bahagia ke anak cucu..

Salam dari akak
Ruza apa khabar...
Ada kah senyum itu tanda bahagia?
tanda hati berbunga..
Atau senyum itu sedekah buat ku di pagi sabtu
Masak apa hari ni Dik..?
Menu yang lazat dan berkat
Secawan kasih syahdu
Sebanyak mana pun rindu tetap mewangikan
dan menyelerakan
Sejemput rajuk penambah perisa alam rumahtangga
Nak kemana Ruza nanti..?
Melewati batas2 kenangan bersama dia
atau terus menyusuri hari hari esuk
Semoga sampan penuh berisi sejahtera
Semoga pelayaran menuju puncak bahagia
Ruza adik ku,
Bilanglah rahmat yang berlegar di sekeliling mu
Panjatkan syukur kepada dia
Dengan izin Nya yang maha kaya
kau terpilih untuk bahagia...


(Salam untuk Adik Nik)

1 comment:

sir&ruzainie said...

terima kasih..banyak.banyak..saya dan wife gembira mengenali akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...