Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 13, 2008

Resepi Hari Minggu..

Tau camna nak masak ‘ Meehoon Goreng’? Sekejap saja dan mudah sungguh.

  1. Bukak kabinet amik Meehoon satu paket.Tiba2 teringat yg Mesincuci dah lama stop.Letak meehoon, pegi jemur kain dulu.
  2. Cari besin utk rendam Meehoon.oh, besin dah guna buat letak ubi kayu yang beli kat pasar minggu semalam, guna periuk lah. Clear the dishes dlm sink dulu so that senang nak buat keje..Dah terlanjur nak clear the sink, baik kutip gelas gelas di yang ada merata rata hingga di sebelah katil pun ada..Scan, pick n wash. Meter membebel pun dah mula meningkat.. Mmbebel tu option laa..nak buat ke tidak, selalunya 'on' laa..
  3. Dah rendam Meehoon dah, bukak Peti Ais amik lauk,ayam ke, telur ke, sea food ke..and sayur sekali. Sebagai hiasan jer tu..Pas ni anak2 sure gali sayur tu dari pinggan mereka untuk di jadikan 'Bukit sayur' di tepi pinggan. Potong kecik2 n cuci.
  4. Kupas garlic n kejutkan anak dara yg masih tido. Woi, bangun laa...!!!Pot pet pot pet smbil kupas garlic dan masukkan ke dalam blender. Blend dengan udang kering. Rasa macam nak blend dengan anak dara tu sekali!!!
  5. Amik kuali..Ni saper goreng telur tak cuci kuali nih? Pegi bilik anak untuk bagi ugutan stail 'Mafia' gitu…Dan tak lupa juga untuk tambah tajuk baru dalam bebel tu iaitu tajuk gemuk, tajuk bilik bersepah dan tajuk2 yg sewaktu dengan nya.
  6. Ok, tumis bawang, masukkan lauk, sayur n meehoon. Perasa jgn lupa…Sambil tu kalau ada roti ke, biskut ke..makan sambil menggoreng boleh jugak.
  7. Tambah air sikit..Balik2kan hingga serata.Rasa dulu cukup tak masin, masam n manis nye. Ambik piring ( Jangan pinggan ) Try sikit..banyak pun tak jadi masaalah...hehehe..
  8. Suruh anak dara yang masam mencuka kuarkan pinggan mangkuk and set the table..Perlahan lahan lah anak oooi, bunyi pinggan mangkuk tu mengalahkn bunyi kerja buruh kontrak kat depan tu…Lady like la sikit buat keje tu..bla bla bla bla!!!!
  9. Jerang air untuk buat kopi sambil sambung lagi ulasan selari tentang ‘Anak gadis zaman sekarang’. Stop kejap, rupanya aku cakap sorang, Budak tu dah kat depan nonton TV dah..Air mengelegak. Hati menggelegak jugak. Buat kopi dan makan hati..Hu hu huu..
  10. Potong limau nipis, daun bawang dan buat cili kicap.Tak lupa goreng telur mata kerbau untuk anak lelaki yang tak leh tak ada telor mata kerbau. Goreng sambil bagi penerangan percuma tentang bahaya makanan tinggi kolestral.Nak brapa bijik ni…satu ke dua.???
  11. Siap dah semuanya terhidang..Baca doa dulu belum makan..Eh, nnti, adik dah berus gigi lum? Now! Now!!!Lain kali jangan duduk kat meja makan kalau belum berus gigi..Esuk2 pesanan penaja ni ada siaran ulangan lagi ni..
  12. Along buang sampah jap sambil tunggu adik siap berus gigi.Sambung beberapa siaran iklan seperti keenakan mcD dan Pizza hut (supaya tak yah masak lunch nanti).
  13. Sendukkan meehoon ke dalam pinggan dan tuangkan kopi yang masih berasap tu
  14. Laaa..Tadi tak cakap nak horlicks, malas tul lah nak buat horlicks ni..Ok, ok, tunggu jap..Saper nak apa lagi? Cakap sebelum mummy sits down…
  15. Alhamdullilah…Selamat menjamu selera..Hilang penat lelah bila anak2 cakap “Sedap laa meehoon mummy goreng ni….” Hehehee…Tau, nak bodek jer tu…………

Kan senang tu..Masak apa pun sedap bila di tambah perisa 'Kasih Sayang'..Itu sajalah perisa yang tidak di masukkan dalam makanan yang di beli...

2 comments:

Anonymous said...

Demam dr mlm td,mkn panadol gak n tengok smpai habis movie down with love kat tv3.Hri ni kena keja all out coz pkl 11 am nak smbut tetamu di kl.Mlm ni bwa g danga bay.Esok jmputan umah kat timah kat jurongwest(kita singgah sebahyang dulu)Mlm esok naik train blik klate.Mapuh laa kalu g sokmo.Hri punye srpan,angah yang sediakan.Roti bakar,melt butter n sugar.Chef ambo tu.

Anonymous said...

sedapnya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...