Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 9, 2009

Cuba jadi saya..

Apa patut saya buat bila didepan
ada persimpangan yang mengelirukan.
Kiri kanan tidak ada petunjuk yang nyata
Pilihan mana kah dapat membawa saya pulang
dalam keadaan selamat.
Mungkin jalan yang berduri itu walau melukakan kaki saya
adalah jalan yang sebenar.
Atau mungkin kah jalan yang berliku liku itu
adalah yang terbaik untuk saya
Jalan yang lurus dan tenang itu,
belum tentu menjanjikan bahagia ke akhirnya.
Indah jalan dihadapan berkemungkinan
gelap menanti dalam diam.
Atau haruskah saya berwakaf di persimpangan ini
dan membeku seperti batu.
Tidak, saya harus melangkah
kerana saya yakin hidup perlu diteruskan.
Tapi biarkan saya melepas lelah di sini sekejap..
Memang saya terlalu letih akhir akhir ini.
Teramat buntu,
Tersangat keliru.
Jika kamu berada ditempat saya,
apa yang kamu akan buat???

3 comments:

Aku Anak Pahang said...

Terkadang kehidupan ini juga tidak boleh terlalu banyak membuat pilihan, selagi byk pilihan selagi byk pula menimbulkan kesangsian..lantas cekalkan hati utk membuat satu pilihan yang pasti tanpa di di dorong oleh siapa...kata hati dan gerak hati itu milik kita.

DrSam said...

dahsyat dilema ni.

Anonymous said...

Solat istikarah dan minta petunjuk dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...