Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 24, 2010

Nor yang menangis lagi.

Kawan saya Nor,
Seorang wanita yang tidak cantik,
tidak lagi muda,
tidak lagi menarik.
Tapi dia masih punya perasaan,

masih punya hati,
masih punya mimpi.

Masih mengharapkan ada nya rindu
ada nya sayang dari hati yang beku.
Sedikit kemesraan sebagai bukti
Diri masih dihargai,
disayangi.

Sudah sudah lah Nor,
Kutip lah harga diri mu yang bertaburan itu.
Berhenti lah berharap,
Bangunlah dari mimpi.
Saya yakin tanpa dia pun,

selagi masih ada nyawa,
Nor akan bertapak jua.

(Nor, sudah cukup tanda2 dia sudah tidak memerlukan kehadiran awak tu, simpan saja lah perasaan awak tu..Kalau betul awak sayangkan dia, relakan dia terbang pergi dan doakan kebahagian dia...)

5 comments:

Brahim Nyior said...

Kasih sayang tak sepatutnya diukur pada paras rupa, atau tahap usia yang semakin ke senja... Sebaiknya, kasih sayang diikat kuat apabila tempoh berumahtangga semakin panjang usianya.

Moga jadi pengajaran buat kita

DrSam said...

tumpan simpati dengan cerita Nor. Semoga Nor tabah.

Anonymous said...

ceritera wanita yang pelbagai.
Ada yang pada zahir punya seorang suami pijak semut tak mati,namun dalam diam main kayu tiga,terus terluka.Ada juga yang berkongsi kasih, kemana jua tetap sendirian,sentiasa mengharap pelangi senja,sedangkan dilimpahi kemewahan harta benda namun hatinya sepi,perkahwinanya ibarat boneka.
Apa pun wajah kehidupan..doa wanita pasti tetap didengari Allah andai pernah dilukai...siapalah kita disisiNya yang lebih Mengetahui.

Granny Hani said...

Kita yang melihat tidak merasa berat bahu yang menggalas...bersyukurlh kalau kita di golongan yang lebih bernasib baik.

Unknown said...

adussss....teppoh idong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...