Seorang kawan memberikan saya puisi ini...Dari luahan minda siapa lah puisi ni agaknya..Salam kenal untuk penulis nya.
Puisi Sang suami untuk isteri
Isteri ku,
Sebagai mentari,
aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku
Lalu
Relakan aku menyinari planet lain
Menyampaikan faedah adanya aku
Kerana sudah takdir Illahi sinaran ku diperlukan
Di planet lain
Balasan puisi dari Sang isteri....
Suami ku,
Andai kau memang mentari
Sang suria memberi cahaya
Aku relakan engkau berikan sinaran mu kepada segala planet
Yang telah Tuhan cipta
Aku pun tidak akan merasa kekurangan
AKAN TETAPI..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 Watt sahaja
Jangan lah bermimpi
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita
Di tengah remang pancaran cahaya mu telah aku mengerti
Cuba lihat siapa diri mu...
Matahari atau lilin?
Atau jangan jangan....
Cuma MANCIS SAJA!!!!!
Please lahhhh............!!!!!!!!!
( Adeiii....Huhuhuhuhuuu...)
7 comments:
Salam pagi jumaat yang penuh berkat...
hahahahaha tergolak bosar den baco puisi ni haaa :D
sah si suami kuat isap rokok hehe
simpati bila si suami menjadi sebatang mancis.
...pernah terima puisi ni dari sahabat...
sebenarnya puisi ini buat suami yang ada hati nak buka cawangan kononnya atas alasan amanah Allah!sedangkan seorang isteri pun dia tak terurus.
Umi_e dan Maiyah,
akak pun tergelak juga bila ingatkan orang2 yang sewaktu dgnnya.
DrSam,
Ular lidi pun ada yang perasan dia naga.
Anonymous,
Memang dah famous puisi ni..Kita sama2 renungkan nya.
...Teringat pulok ambo satu puisi dari seorang isteri..ambo ingat rangkap akhir jah
" Lalu ku cuba membakar mentari...tapi sayang diriku yang terbakar" wakakakaa
have a nice weekend
wan,
Dah tu bakpo duk nak bakar mentari nyo?
Acu patah2kan mancis tu..senang kan...
Post a Comment