Saya telah berikan syiling yg salah sewaktu membuat pembayaran.
Ingatkan 50 sen tapi rupanya 20 sen.
Bila balik rumah baru saya perasan.
Duit baru, saya masih tak mahir guna.
Tadi saya ke gerai dia untuk tambah baki 30sen yg terhutang tu.
Makcik tu se baya mak saya.
Bila saya jelaskan dan pohon kemaafan atas kesilapan saya tu,
dia nampak kabur..
Dia tak perasan pun saya silap hulur duit dulu.
"Alah tak per lah, makcik halalkan..Simpan sajalah duit tu"
Dan dia masih senyum kearah saya.
Sekarang saya tidak berhutang duit lagi dari dia,
tapi saya terhutang budi..
Dia hulurkan sebungkus kueh untuk saya.
Segan saya nak ambik tapi tak ambik kang dia terasa pulak.
Terima Kasih Makcik,
Semoga makcik murah rezeki dan di diberkati Allah sentiasa.
5 comments:
sebak...
kak Hani, yg penting kita jujur dan ikhlas!
Alhamdulillah, niat yg baik dibalas baik...
syabas...
Saya juga percaya bahawa yang bukan kita punya biarlah jangan kita miliki. Mengambil hak orang lain perlu dibayar balik suatu hari nanti.
Itulah karma yang saya selalu tekanan dalam blog saya.
Post a Comment