Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, June 14, 2013
Aku lah yang merayu2 pada Mu Tuhan.....
Hari ni 28 hari dia di sana.
28 hari jugak lah saya dah abaikan blog saya ni.
Hari ni saya jenguk blog sambil menahan gumpalan tangisan di kerongkong.
Payahnya nak menaip sambil memejamkan mata dari setiap kenangan bersama dia.
Payah nya nak alirkan kata hati yg berlumba lumba untuk di bebaskan.
Saya cuba.
Saya terpaksa cuba kerana hanya di sini saja saya mampu legakan ketat sendat dalam kepala saya.
Ya, Tuhan tetap tempat mengadu tapi ada kala isi hati perlu saya bebaskan di sini, di blog yg menjadi kata hati saya selama ini.
Hari ini di antara waktu melawat dan waktu saya melayan kecelaruan minda,
Di antara solat hajat dan tangisan di sujud yang lama,
Di antara doa tanpa hijab seorang ibu dan kemewahan air mata,
saya cuba merangkai kata.
Wahai Tuhan pencipta alam,
Hanya engkau lah yang maha mengetahui.
Engkau yang menentukan selama mana aku perlu Kau uji.
Sehebat mana ujian dari Mu yg perlu aku hadapi
Sesabar mana diri yg lemah ini mengharungi setiap detik payah ini
Hanya engkau yg tahu.
Dan hanya Engkau lah tempat aku memohon...
Tuhan,
Jika perlu aku pulangkan amanah yg telah 28 tahun aku belai dan aku manja,
aku pasrah.
Aku lepaskan dia pergi dengan redha.
Ku halalkan setiap titik susu yg pernah menghilangkan dahaga nya,
Tidak pernah ada dosa dia sebagai anak buat aku yg menjadi ibu nya.
Kosong..Putih bersih seperti sewaktu aku lahirkan dia.
Hanya Kau Tuhan yg tahu apa yg terbaik buat anak ku ini.
Terima lah dia kembali..Alhamdullilah, dia menanti ku di pintu syurga.
Syahid yg ku harapkan buat dia, itu saja.
Tapi Tuhan,
Jika Kau merasakan dia lebih baik bersama ku lebih lama dari itu.
Kau sembuhkanlah dia..
Kau kembalikan dia seperti sedia kala.
Adakah permintaan ku ini terlalu angkuh wahai Tuhan?
Kalau begitu, aku hanya mampu memohon,
Kau panjangkan lah usia dia dan kembalikan pandangan dia.
Berilah dia peluang untuk menatap wajah anak nya yg belum sempat dia tatap.
Berikan lah peluang untuk dia mengusap rambut dua ankandanya
Berikan peluang dia menjadi ibu, isteri dan menjadi anak sekali lagi.
Tuhan,
Hanya pada mu aku memohon.
Ampuni lah dosa dosa ku, ringankan lah beban di fikiran ku.
Aku ini, wahai Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
amat memerlukan belas ihsan dari Mu.
Astaqfirullah....
Aminnnn....Aminnn....Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Amin amin Ya Rabbal Alamin...
Makbulkan doa ibu yang megharap ini Ya Allah..
Amiin..Amiiin..Amiin..semoga doa ibu dimakbulkan yang esa..sungguh sedih dan sayu pada mereka2 yang bergelar ibu membaca rintihan hati ini.
Hani,
I'm speechless.Cant find words to describe.My deepest sympathy to u and family.May Allah shower you with strength to go thru this test.Ya Allah sembuhkan lah anak ini semoga dia dapat bersama anak anaknya.
Menulis itu terapi minda dan sama sekali tidak menjadi kesilapan. Blog adalah sebahagian dari dirimu dan merupakan catatan perjalanan hidup.
Teruskan berbicara di sini kerana apa yang bersarang di dada, di hati dan di kepala memungkinkan kesakitan buat diri. Luahkan sebahagian daripadanya kerana beban derita kasih sayang seorang ibu berbeza dengan beban menggalas kerikil.
tidak mengetahui ape2 cerita, rasa sayu juga membaca tiap baris doa itu. bertabahlah jika kamu dalam kesedihan. kalu tidak keberatan, marilah berkongsi serba sedikit. mungkin meringankan beban di fikiranmu itu..
tabahlah auntie. semoga Allah perkenankan doa auntie. amin.
Amiin.
Semoga segalanya pulih seperti sediakala.
Assalamualaikum
Doa saya semoga Allah swt perkenankan doa kamu.. Amin. Amin. Amin.
berat mata memandang berat lagi bahu yg mengalas,,tabahkanlah hati,,kuatkanlah semangat,hanya kata2 yg mampu sal luahkan dari kejauhan.semuga ja kembali sembuh seperti biasa,aminnnn
assalammualaikum..
moga doa akak dimakbulkan Allah SWT..
amiin..amiin..amiin ya rabbal alamin..
Assalamualaikum auntie...moga Allah beri kesihatan yg baik dan sekeping hati yg tabah dan sabar dlm hadapi ujian ini...ari tu 31/5 erra dtg lawat ja ngn nisa..tp x bleh lawat ja..insyaallah ada kelapangan erra akan dtg lg...kami kwn2 ja x putus2 doa utk kesihatan ja...moga Allah sentiasa merahmati auntie sekeluarga...
AsSalam Hani from your zs fren. Maaf sya bru berkesempatan to follow your blog, tu pun coz terbaca Chah's comment in fb. Saya doakan Ya Allah kasihanilah Ja dan please befall some miracle upon her. She's got so much ahead of her: her two pitiful sons and her mommy n d rest of the family. Ampunkan lah segala dosanya jika ada. Bangunkan lah dan pulihkan dia Ya Allah Ya Rahman..
AMIN AMIN AMIN YA ALLAH
Post a Comment