Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 16, 2013

Imaad dan Iyaad..2 pasang mata yg tak sanggup saya tatap lama lama.

Kamu berdua,
perlu kuat bukan kerana kamu lelaki,
tapi,
kamu lahir dari kekuatan seorang ibu yg cekal.
Imaad dan Iyaad,
Di depan mu sudah tersedia kepayahan.
Kamu berdua harus gagah ubah payah itu menjadi mudah.
Tidak mustahil.
Kamu boleh.
Kamu tidak menjunjung langit sendiirian, kami ada bersama mu.
Kamu juga tidak menapak di bumi ini tanpa sayang, kami sentiasa menyayangi mu.
Daddy, Grandma, Grandmummy, TokBah,Atok, Aunties and Uncles menjadi tulang belakang mu.
Urat nadi kami adalah urat nadi kamu berdua.
Kita sama sama lakar masa depan.
Imaad, berhenti lah bertanya di mana Mommy mu.
Iyaad, damai lah dalam pelukan nenek.
Mommy kamu ada bersama kita,cuma dia perempuan terpilih,
Perempuan yang dekat dengan Penciptanya, kita harus redha.
Jangan risau kedua cucu ku,
Yang paling utama,
Tuhan ada.

4 comments:

shaliza said...

Salam Takziah Ticer...

makchaq said...

Salam cikgu
Entah terleka apa makchaq terlepas cerita dugaan yg menimpa keluarga cikgu.. baru hari ni baca semuanya..
Kesal jugak kerana terlepas untuk turut sama berdoa dan mengaminkan doa cikgu..
Makchaq doakan yang terbaik buat Imaad dan Iyaad dan juga cikgu sekeluarga..

che mid said...

Ya.. CM pun baru je tau nii.. Allahuakbar. Berat sungguh dugaanMu, besar juga ganjaran yang menanti Insyaallah. Allah itu sayang sangat dengan kamu, itu sebab diuji sebegitu.. tak mengapa ... teruskan melangkah dan tak payah toleh-toleh lagi.. GO!!

Acik Erna said...

Walau tidak pernah bersua.tapi hati tidsk kuat..apa lagi hani yan menghadapinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...