Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 23, 2013

Nak saja saya dodoikan dalam dakapan...



Pagi ni Ja nyenyak tidur.
Setenang wajah bayi perempuan yg saya lahirkan 28 tahun dulu,,
dia masih begitu di mata dan di hati saya.
Nafasnya turun naik, mata nya mengerdip.
Tidurlah anakanda cahaya mata bonda...

Tidurlah nanda tidur

Tidur lah nanda cahya mata bonda

Lena lah dalam hembusan udara yg nak membawa

Anakanda masuk ke dalam alam impian

Beranika warna

Tidur lah nanda tidur

Dewa dewi kayangan

berterbangan dengan penjelmaan bagai

bintang yg punya keinginan

Hendak membawa anakanda ke awan

Pulang lah,

Telah sedia buaian nan keemasan

Bagai takta anakanda berayun

dengan impian yg ria memeluk di jiwa

Tidur lah nanda tidur

Tidur lah kau cahaya mata bonda

Lena lah dalam henbusan udara

Yg nak membawa anakanda masuk ke alam impian

beranika  warna

Tidur lah nanda tidur….

Sebak bila saya teliti senikata lagu ni..
'Buaian keemasan' telah tersedia buat Ja di sana 
tapi di sini mummy menanti penuh harapan semoga
Ja menoleh ke sini dan kembali ke pangkuan mummy.

3 comments:

Acik Erna said...

assalam hani..minta maaf tak boleh tahan..
ja..dengarlah suara hati ibu ja..dan semua yang menyayangi ja..

Unknown said...

Salam K Ani. Apa yg dilalui pernah ditempuhi saya sekeluarga 9 tahun yg lalu. Abah yang disayangi koma. 2 bulan berkampung di ICU. Tapi kami sekeluarga terus berdoa wlpn remuk redam dihati x dpt digambarkan. Mungkin berkat doa bonda abah yang makbul maka abah kembali kepada kami. Masih saya ingat kata2 nenek, "Ya Allah, kau kembalikan anak yg kukandung 9 bulan ini. Terimalah nazar puasa sebulanku ini". saya turut menemani nenek berpuasa. Syukur kehadrat Illahi abah kembali selepas 2 bulan "tidur". 2 bulan lagi di wad dan pulang dengan mesin yang dicdgkan doktor. Stahun abah bedriden tapi kuasa Allah mengatasi segala2nya. Abah sekarang sudah boleh mengurus diri walau tidak sesempurna dulu. Doa saya buat Ja agar segera sembuh dan buat K Ani sekeluarga terus kuat dan berdoa. Semoga Allah menyambut doa kalian dengan segera untuk hamba2Nya yang dikasihi. Amin.

makcu B said...

Seketika lagu ini dimainkan, tatkala menatap sekujur tubuh Ja yang tidak bergerak tapi masih bernafas dan meletakkan diri ini di tempat kak nie...... rasa tersekat halkum ini.Aduh, sayang!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...