Lepas subuh ke hospital.
"Assalmualaikum Ja, Subuh dah ni, bangun lah...."
Tu ayat wajib selain tanya Misi keadaan Ja malam tadi.
Pukul 7.15 hantar anak bongsu dan Papa ke sekolah .
9.00 pagi terconggok di Hospital sekali lagi bila ada urusan dgn Doktor/ Doktor Pakar dan sebagainya.
Kalau kebetulan tak ada urusan di hospital saya balik rumah.
Kalau balik rumah, lagi banyak kerja yg menanti.
Bukan kerja rumah, tapi kerja hati.
Masa duk sorang2 di pagi hari ni lah saya layan hati.
Saya menangis,kalau boleh rasa nak teriak guling guling.
Saya meraung dalam bilik air ke, saya meraung dalam bilik Ja ke, tak siapa nak saman.
Puas meraung saya solat hajat, baca Yasin dan buat apa yang patut.
Yer, saya masih waras dan masih percaya Tuhan sedang memerhati.
(Bab layan hati tu dah peel saya..Saya lebih lega selepas nanges guling2 gitu..)
Pukul 11 saya breakfast, tolak makanan masuk ke perut.
Mesti makan. Ajar mulut supaya nganga bila tangan suap.
Kadang2 roti yg lembut pun rasa macam batu bata.
Takper, push down dengan air susu.
(Ja hari2 di beri air susu pun tak komplen)
Kul 12 start enjin kereta utk fetch Papa dari sekolah.
Terpaksa fetch awal; sebab kul 1 dah nak jengok Ja.
Tengahari bersama Ja,buat fisio utk legakan urat saraf Ja.
Bercakap sikit sebanyak dgn Ja.
Wan join sekali, tgok Wan hati saya menangis didalam.
Sabarlah Wan, dah ini nasib kita.
Wan kena jadi gagah supaya mummy tumpang gagah Wan k.
Kul 2.30 tinggalkan hospital utk ambik Anis dari sekolah.
Mujurnya Anis tak byk soal kalau pun saya lewat ambik.
Dia amat memahami, terima kasih Anis.
Setelah lunch balik rumah solat zohor.dan tunggu asar.
Lepas asar terus ke hospital lagi.
Magrib baru balik...
Kadang tu kami balik dgn rasa lega,
Kadang tu pulang dgn menggalas resah yg panjang.
Bergantung kepada keadaan/perkenbangan Ja.
Malam kami adalah malam yg panjang
Kami menunggu pagi esuk nya, pagi yang tak pasti.
6 comments:
Makchaq turut doakan Pija cepat sedaq dan boleh bersama anak dan suami dan juga cikgu sekeluarga..
dear ticer hani, setiap hari sue akan bukak blog ticer untuk update perkembangan terbaru sis pija. even kite tak mengenali, tetapi sue sentiasa doakan sis pija sembuh seperti sedia kala. tak lupa juga doa agar seluruh keluarga ticer hani kuat untuk menempuh dugaan dari Allah swt.. insyaallah..
Ayat terakhir itu ayat yang terbuka dan masih terbuka... untuk semua kita merasa ketidakpastian...
Salam cg Hani,
saya doakn semoga Ja sentiasa d bawah rahmat Allah.Ada rahsia yg kita xtahu,hanya Allah sj yg tahu.
Kha.
Assalammualaikum..
kak hani..
akak seorang yang tabah...tambah lagi ketabahan itu...
tkasih terus mencatat berkongsi cerita, ia ada manfaat...ros belajar dari coretan akak...
salam sayang kak..
Ingat Kak Nie,
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga ibu supir diberi kesihatan yang baik untuk terus membawa mobilnya...
Post a Comment