Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 14, 2013

Terus terang, ini yg saya rasa, tak siapa faham pun.

Waktu melawat di HBKB dah tamat.
Saya tinggalkan dia di katil ICU dengan hati yg berat.
Tidak adil.
Amat tidak adil.
Dia yg muda belia terbaring kaku sedangkan saya yg tua purba melangkah gagah.
Dia hanya berbekalkan susu melaui tiub di hidung sedangkan saya boleh makan apa saja.
Dia tak boleh berkata kata sedangkan saya ni kalau bercakap pun, orang dah tutup telinga.
Dia hilang kerjaya yg diminati nya sedangkan saya masih bergelar 'Ticer'
Dia tak sempat membesarkan anak anak sedangkan anak2 saya masih lagi saya pantau walau semua dah dewasa.
Dia amat di sayangi semua sedangkan saya yg tua ni, kalau tak ada pun tak siapa perasan dah.
Tidak adil.
Dia lebih perlukan masa depan berbandingkan dengan saya yang menunggu tirai di labuhkan saja.
Di mana boleh saya dapatkan pas tukar suka sama suka?
Biar saya saja berada di tempat dia.
Nak sangat tukar suka sama suka.
Ada tak cara nya?

9 comments:

Ros said...

bersabar ya kak..
doa jangan putus..
semoga anak akak sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

LiNa_Pg said...

Assalam..
Sabarlah kak Hani..Allah sedang menduga kak Hani sekeluarga..
Kak Hani kena kuat demi anak kak Hani tu dan juga cucu yg baru dilahirkan tu...Sy pinjam kata-kata ni..
Kite merasa sedih bila Allah hilangkan matahari dan berikan hujan dan petir...
Tp sebenarnya Allah s.w.t nk berikan pelangi kepada kak Hani sekeluraga nanti..
Sabarlah hingga pelangi itu muncul..
Jangan berhenti berharap..doa kepada Allah s.w.t..doa seorang ibu tiada hijabnya...
Sy doakan semoga anak kak jani kembali sedar dan sihat seperti biasa..

Kakcik Seroja said...

Teruskan berdoa dan berharap...

mamawana said...

Berdoa dgn sabar dan solat

Anonymous said...

sabar ya kak......
sebenarnya dh lama lina tahu tentang anak akak. anak lina yg sekolah kat SIC blk cerita......lina menangis sambil masa dgr dia cerita....

walaupun kita tak pernah bertemu tp lina dapat merasakan kesedihan itu. Hati seorang ibu......Lina mendoakan yg terbaik buat akak sekeluarga.

UMIMANJA

Hafizah Mohammed said...

Assalam ticer...
Gundah gulananya hati mu....tiada kata yg dapat diucapkan buat penenang resahmu...hanya doa mengiringi mu...agar kau tabah dan sabar ...tenanglah hati

Azian Elias said...

Assalammm...innalillah...hanya ALLAH yang maha tau..harap akak sabar dan terus berduaa...kita yg mendengar hanya mampu berkata malah tidak dapat bantu apa2..insyallah...akan kami titip duaa buat beliau...ALLAH gives syifa to her..insyallah

Cikda said...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

suriani said...

Sabar puan, saya faham perasaan puan kerana nasib kita tak banyak beza, cuma saya hanya sempat menikmati kehidupan normal bersamanya sehingga umurnya 6 tahun. Selepas itu dia terlantar sehingga kini, tanpa kata-kata, hanya mata saja mampu berkomunikasi. kalau sudi jengahlah suriani-kisahhidupku.blogspot.com. moga kesedihan dapat terubat dengan insan yang senasib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...