Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 21, 2013

Time melawat pulak tak panjang mana...

Sukanya bila mereka jenguk Ja.
Kalau Ja tau, Ja lagi suka.
Bukan saja jenguk, tapi mereka turut mendoakan kesejahteraan Ja.
Ramai sungguh kenalan Ja, kawan baik Ja,sedara2 dan yg kerja sebumbung dgn Ja.
Mereka rak putus2 datang.Mewah nya doa buat Ja.
Alhamdullilah.
Kawan2 saya dan kawan2 Papa pun sentiasa datang dan bertanya khabar.
Yang tak kenal Ja pun ada juga yang datang jenguk.
Hari2 tak putus pelawat buat Ja sampai 'Si Jaga' pun pening dah.
Mungkin sebab cerita ja dah tersebar ke seentaro ceruk kot.
Bekas pesakit Ja pun ada yg datang.
Boss Ja jugak ambil tahu.
Ketua unit O&G Negeri, Dr Rahman sangat ambil berat.
Pengarah Hospital Dr Ghazali ada juga melawat.
Pengarah kesihatan negeri Datuk Dr Razim dah lebih dari sekali jenguk Ja.
Semalam Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia datang buat lawatan rasmi.
Bila tengok Papa, dia terkejut besar.
Mana tak nya, Datuk Dr Azmi Shafie adalah kawan kami semasa di London dulu.
Ja ni dah macam nak angkat dia (kebetulan dia tak ada anak perempuan)
Pernah makan sepinggan dgn Ja pun.
Terkedu dia sekejap bila yg di lawati nya ialah Si Pija yg dulunya kesana sini bersama keluarga dia.
Kalau lah Ann (isteri Datuk) tgok Ja macam ni, sah Ann akan buat saya menangis lagi.
Tak apa lah Ann, dah sebanyak ni rezeki Ja, kami redha saja lah ..
Tapi dalam ramai2 pelawat..
Lega hati saya bila saya lihat mereka ni..
Najwa, Dr Nawwal, Lina, Dr Fatin, Dr Illa,, Emi mokhtar,Nani, Ela dan Nisa,
Saya tau,Pija amat menantikan kehadiran mereka.
Mereka orang yg sgt dekat di hati Pija
Mereka sentiasa datang.
Bersama mereka saya bergantung di tali harapan.
Kalau putus pun, sama2 kami tersungkur.
Sama2 merasakan payah nya menggapai mimpi.

5 comments:

Nizam.Ariff said...

Ja disayangi ramai... dia seorang anak yang bertuah, kak...

semoga keadaannya dan akak menjadi lebih baik. harapan jangan dihilangkan, kak. Dan manifestasi harapan itu, salah satunya, ialah doa yang pernah putus-putus... jangan putus berdoa, kak. kalau putus berdoa, bermakna juga sudah putus harapan... salam, kak...

mokja said...

Hani,
Bisikkan ke telinga Ja,yang Ja disayangi sampai ke Perlis...makcik blogger ni juga melawat Ja melalui blog Hani.Every morning ,I never fail to read your updates.Gembira bila cerita Ja menunjukkan tanda tanda positif.
Doa kami buat Hani sekeluarga.

CS said...

Assalam
Turut merasai dugaan yg Hani sekeluarga lalui..namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sama2lah kita doakan ...

p/s: Hanya berkongsi.. Jika Ja dah balik rumah, untuk mengelakkan bedsore, Hani perlu beli tilam khas untuk pesakit seperti Ja.

indah-chan said...

ya Allah.. nisa takkan berhenti berdoa untuk pja kembali sembuh. masih tersembul di ingatan akan gelak tawanya..dan senyumannya yang menceriakn suasana.. walau sepenat mana dia..

athi said...

doa kami sntiasa utk pja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...