Kalau ku temui 'Jin' dalam botol
Bertoncang dan berekor
Berasap keluar sujud dikaki ku
Berjanji memenuhi
Merialisasikan mimpi..
Akan ku pinta sebuah cinta
Bersulam rindu tenuan setia
Hadir hingga akhir nyawa
Bahagia hanya bersama dia
Pinta ku yang kedua
Sejahtera dan afiat
Jauhi babak dan sebarang
Ancaman kesihatan
Bersih diri bersih hati
Ketiga aku mahu nikmat
Rezeki melimpah ruah
Kerana bila wang berkata kata
Kebenaran tidak berharga
Jika ada peluang keempat
Atau mungkin yg terakhir
Aku minta dipanjangkan usia
Mana tau di lain kali
Aku dapat bertemu lagi jin ini
Walau hanya di alam mimpi….
2 comments:
:)
tak dak apa laa...loo.Main jin-jin la plak.Jin bandung atau jins shamsuddin?Kalu jumpa sungguh,ambo nak sekor.Nak letak dalam botol kristal yang beli kat pengkalan kubor baru ni.
Post a Comment