Hari ni anak saya dapat balik berehat di rumah.
Walau pun ada contraction dan dah sedikit dilated tapi dia masih di peringkat awal kelahiran.
Most probably can wait for a few days more.
Since the baby is fine and the mother is calm, might as well we let nature takes care of everything.
Sebenarnya lebih baik di rumah kerana suasana lebih mesra alam.
Kalau duk dalam wad pun, bukan boleh buat apa.
Si empunya badan tak relax, kita yang menunggu pun tak bebas.
Bila berbincang dgn Dr pakar, ini lah jalan terbaik, balik rumah dahulu and come again later.
Cuma risau jugak, buat lah tiba2 sakit kuat waktu jalan jem ke, waktu tak de orang kat rumah ke..
Tak apalah, kita doakan agar Tuhan tidak memayahkan anak saya tu.
Rumah kami ni tak jauh mana dari hospital, kira 10 min sampai kalau tak jem.
InsyaAllah, segalanya akan baik baik saja nanti.
Saya tahu anak saya tu risau sebab sakit dia panjang.
Menantu pun risau..Semua pun risau.
Dalam hati tertanya2 kalau begitu? kalau begini?
Saya risau jugak tapi saya percaya Tuhan maha mengetahui.
Kita doakan yang terbaik dan tunggu dan lihat.
Risau tu tak risau mana..
Sebenarnya lebih kepada tak sabar2 nak terima orang baru.
Aduhhh..ada orang nak dapat cucu lah katakannn..
No comments:
Post a Comment