Dari Kota Bharu ke UITM Machang lebih kurang satu jam lebih sikit.
Lepas solat magrib,anak teruna saya call, tak de baju bersih katanya.
Menyalahkan hujan sebagai faktor pendorong dia mintak bantuan pakaian dari rumah.
Yer lah, letih ke penat ke, bila anak memerlukan sesuatu tu tak sanggup nak hampakan.
Start enjin kereta dan rela meredah malam yang basah tanpa banyak soal.
Sampai saja di UITM tu dia dah tercegat menunggu.
Bertukar tangan lah baju bersih dengan baju kotor.
Ok lah anak, mummy harus bergegas balik sebab malam makin pekat.
Adik Adik kat rumah pun mummy tinggal begitu aje,
nak singgah beli dinner untuk dia orang lagi.
Minyak kereta, tenaga, masa dan wang ringgit adalah tanggung jawap mummy.
Mummy tak kisah berpayah demi anak asalkan..
Anak mummy tidak mengecewakan mummy.
Tidak mempersiakan harapan mummy untuk tengok anak berjaya.
Tidak menjadikn pengorbanan mummy sia sia seperti bara yang menjadi abu.
Dan abu itu berterbangan mengikut angin tanpa haluan.
Cubalah untuk tidak menjadi debu.
Cubalah anak, cuba sehabis baik.
1 comment:
moga si anak akan menghargai kepayahan si ibu dlm memberikan kasih syg tanpa henti kepadanya
Post a Comment