Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 24, 2011

Buah 'Mujur'

Manis dan menenangkan. Sejenis buah yang bertindak sebagai pain killer. Buah ni tidak bermusim, lebat di ranting usia. Kita sentiasa memilih untuk merasai kemanisan nya dan mengurangkan pahit kelat kehidupan.
Saya peminat buah ni..
Bila di lahirkan 50 tahun dulu, 'Mujur' lah saya sempurna walau bukan di lahirkan dalam kemewahan.
Bila membesar sebagai pelajar, 'Mujur' lah saya tidak pernah gagal, dapat juga jadi cikgu walau pun tak jadi menteri.
Bila dewasa, 'Mujur' lah ada jodoh, kalau tak sampai sekarang saya bergelar 'Andartu'.
Bila dah kahwin, 'Mujur' lah saya di kurniakan cahayamata, kalau tidak sepi lah saya sepanjang hayat.
Bila dah tua2 begini 'Mujur' lah di panjangkan usia, kalau tidak, tak sempatlah saya mendekatkan diri dengan Dia yg mencipta.
Bila saya di timpa kesusahan, 'Mujur' lah saya tidak sesusah orang lain yang lebih susah..
Kalau selalu ada 'Buah Mujur' ni, hati menjadi lebih redha dan fikiran pun jadi lebih positif.
Hari ni 'Mujur' lah line tenet tak meragam, kalau tidak macam mana lah saya nak merapu di blog saya ni..
'Mujur' jugak lah boleh merapu di blog, kalau saya merapu di tepi jalan apa pulak kata pengguna jalanraya nanti..
Tau, paling tidak yang kaum Adam mesti kata.."Mujur lah bukan bini aku yang tak betul di tepi jalan ni..."Tau tak per!

Buah Mujur lebat lah di ranting hati..Alhamdullilah.

2 comments:

Zuraini Kamal said...

mujur saya jumpa blog nih .. leh gak hiburkan hati

hani@debumelukut said...

Mujur saya ada kawan macam pn Zuraini, rajin singgah dan meninggalkan jejak si sini..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...