Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 30, 2011

Blog saya stail Blog sebelum perang dunia pertama.

Busan, busan busann
Busan sungguh dengan wajah blog saya ni.
Saya cuba2 tukar penampilan,try an error.
Kan dah lain sikit nih..Kan?
Lawa tak?
Betul. Tak lawa.
Dah betul2 jadi error nih.
Masih tak selawa blog orang lain.
Huhuhuhuuu.....Cedih nyerrr..
Nak wat camna ni...?Tolonnnnnn.
Sebenarnya dan seikhlasnya saya tak reti nak tambah itu ini.
Anak2 tu adalah jugak membantu..tu pun kena buat muka welfare dulu.
Aduhh..Kehendak melebihi keupayaan nih.
Ada ke sesiapa yang kesiankan saya ni..?
Ajar lah saya...
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya mak budak, bakal nenek budak baru nak belajar,
Kalau sudi tolonglah tunjukkan.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Suruh makan semua org tau saya sah akan makan,
Suruh' upgrade'kan blog sendiri, sumpah saya tak tahu.

Kata orang tua tua..
Malu bertanya sesat jalan..
Saya tak malu punn..

8 comments:

nidus2 said...

Kesian kat budak tu....
Pak Nidus pun harapkan anak2, masa dia ada kat umoh, masa tulah nok ubah penampilan blog.
Tapi ini dah kira OK lah tu.

hani@debumelukut said...

Kena belajar banyak dgn Pak nidus ni.

roslaini saad said...

Sebenarnya nak renovate blog ni...memakan masa juga..sebab tu kita yang dah berusia ni, kadang-kadang hilang sabar nak duduk mengadapnya..bukan soal tak tahu, blog ni di godek-godek juga lama-lama menjadi juga..tapi nak duduk lama-lama depan laptop ni yang tak kuasa....

hani@debumelukut said...

agaknya memang macam tu lah yer...Kena terima hakikat yang kita ni dah terlalu 'tua' untuk bendaalah ni..

Zuraini Kamal said...

less is MORE ... simplify bag sy penting sebab itulah imej yg saya mahukan.. sy nak pembaca sy rasa aman & tenang mbaca dgn wajah blog sy yg agak santai & a bit formal.. mcm pakai baju Casual-formal!.. sebab tulisan sy selalunya agak berat berbanding yrs... but i like yr style of sharing stories.. short but fun! message sampai

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Tahun baru, blog pun nak juga berwajah baru, ye. Ni memang dah cukup baik. Kak Hani memang ada bakat... lepas ni Kak Hani akan jadi lebih rajin lagi "menyobek" blog yang semakin menarik ni...

Tahniah Kak Hani.

hani@debumelukut said...

Pn Zuraini,
Tq kerana sering singgah.memang tepat,less is more.tq.

hani@debumelukut said...

Pn Rosha,
Dah tua2 ni kalau orang ajarkan sesuatu yg baru tu, payah benar nak faham..otak dah tahap berkarat agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...