Ros datang hari ni.
Dah lama dia tak mengunjungi saya.
Tiba2 hari ni dia datang.
Happy nya saya bila dia sudi makan tghari di rumah saya.
Ros dan saya kawan lama yang byk persamaan.
Sama2 boros berbelanja..
Sama2 loyar buruk.
Sama2 faham jiwa.
Ros lebih muda dari saya.
tapi lebih matang dalam membuat pertimbangan.
Sewaktu langit runtuh menimpa kepala saya,
Ros memayungi saya agar saya tidak berderai.
Satu saja yang membezakan saya dengan Ros.
Dia lebih bernasib baik dari saya dalam segenap perkara.
Sedangkan saya acap kali gagal dan kecundang dalam kehidupan.
Terima kasih Tuhan kerana dikehidupan ini saya mengenali dia yang bernama-ROS-
1 comment:
Ada orang lain yang merasakan anda lebih bernasib baik daripada dia kerana ada perkara yang anda miliki tidak ada padanya.
Post a Comment