Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 22, 2011

Sukarela dokong biawak,... yg hidup pulak tu..


Kalau saya bising,awak kata saya kuat membebel.
Kalau di larang macam di suruh2..
Sekarang siapa yang susah?
Si peminjam dah hilang entah kemana.
Hset pun sah dah tukar nombor.
Kalau dulu acap singgah tayang senyum sampai ke telinga,
sekarang ni tak melintas pun depan rumah..
Jangan harap lah awak nak suruh dia langsaikan hutang dia tu.
Dah awak berani jamin, awak aje lah bayar...
Pernah kah awak fikir.
Mana kita nak cari duit sebanyak ni?
Kalau ada duit pun, tak rela saya habiskan untuk bayar hutang orang.
Lagi baik saya sedekahkan saja kat mesjid, tak sakit hati saya ni.
Kalau yer pun nak berbudi,
jangan lah dengan cara menjadi penjamin..
Bahaya.
Manusia ni time dia nak kita jadi penjamin bukan main lagi iklan belas kasihan.
Berjurai jurai lah si air mata..
Awak pun pantang ada orang mintak tolong sikit.
Murah nak berbudi.
Lain kali kalau awak rasa macam nak dokong sesuatu,
dokong saja saya ni...
Tak berat mana pun kalau di bandingkan dgn biawak hidup tu.

5 comments:

Kuasai minda said...

Kekadang aku terfikir tentang peminjam dan penjamin ni...
Kalau nak pinjam kena ada penjamin. Kalau tak de penjamin confirm pinjaman tak lulus.
Tapi masalahnya, bila peminjam 'lari', kenapa kepala penjamin yang perlu dipenggal?
Adilkah?

Makcu B said...

Pakcu kita pun pernah kena. Beberapa kali naik turun mahkamah, siap masuk kandang pesalah lagi... Suka benar jadi penjamin, akhirnya diri sendiri tak terjamin.

hani@debumelukut said...

Kuasa minda,
Sangat sangat tidak adil.

MakCu,
dah terantuk baru tengadah..

Kamariah Awang said...

Hani... arwah suami ma selalu kata, tiada yang paling berat ditanggung, melainkan hutang....

hani@debumelukut said...

Kamariah,
kalau hutang kita berat pun kita tak komplen, ni hutang org tapi di bahu kita pula di sandarkan nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...