Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 16, 2011

Burung kakak tua....


Dah sinonim sangat lah dengan panggilan nenek.
Spek kat mata pun separuh hari saya cari..
Bekas pensil sekejap murid tu dtg hantar, sekejap murid ni datang hantar..Merata letaknya.
Pas tu bising..riuh mencari dan menyalahkan org lain.
Walhal diri sendiri dah kurang bateri.
Nama anak2 pun, kalau nak panggil anak ni, tersasul sebut anak tu..
Jadi bahan gelak anak anak dah sekarang ni.
Bebel pun menjadi jadi..
Separuh abad......Kalau kacang soya, lama dah jadi kicap.
Ada jugak kawan2 saya yang masih fit dan bertenaga macam masih muda belia.
Walau badan dah tua, hati mereka tetap muda.
Saya tak nak lah macam tu..Kubur dah kata mari, akur aje lah.
Sekurang kurang nya saya sedar kelemahan saya.
Terima hakikat saya dah tua dan tua itu sebahagian dari proses kehidupan.
Tuhan dah tarik balik sedikit demi sedikit nikmat yang di pinjamkan Nya kepada saya.
Itu baru sedikit, ramai kawan sebaya saya yang dah pulang ke Rahmatullah.
Saya ni walau dah beruban, kulit dah kendur dan mata dah rabun, masih ada waktu untuk
mendekatkan diri dengan Allah..Syukur.
Nenek + Tua = kebiasaan/normal kan?
Nenek sudah tua...gigi nya tinggal dua.
Datuk tak tua tua....Alahaiiiiiiii...............

4 comments:

maiyah said...

hahaha.. datuk ttp maintain ngeeee

Anonymous said...

Alhamdulillah. sekurang2nya kita masih diberi peluang untuk hidup. Memang kalau dah tua nikmat ditarik satu persatu. Kalau dulu rambut hitam skrg dah putih, kalau dulu fit skrg dah cepat penat dan kerap semput. Makan tak boleh sebarang kalau pesan tea tu dah kurang manis takut banyak gula nnti mudah kena kencing manis pulak. Tapi kita adalah orang yang terpilih untuk masih bernafas. Jadi sentiasalah bersyukur padanya.

Mountain climber

KizZ said...

Wah..ni sesi mengenang nasib la ni..cuba fikirkan masih banyak lagi orang yang lebih tua dari kita k..so dapat la rasa muda cket..hik hik..


Jom sini,
Apabila kau keluar kelas

Zuraini Kamal said...

ha ha ha
Datuk leh kawin muda .. sebab tak pernah berasa tua!
dan yg muda-muda memang pon berebut nak kan Datuk tua sebab poket datuk sentiasa penoh...
saham wanita & saham org lelaki byk beza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...