Hati hati lah wahai kawan2..
Di waktu kita susah bukan semua orang ikhlas hulurkan bantuan.
Kebanyakan tu membantu kerana ada agenda tersembunyi.
Mengambil kesempatan dengan keadaan kita yang begitu.
Kalau susah macam mana sekali pun hanya Tuhan saja lah tempat yang terbaik untuk kita mengadu hal.
Ada yang mengaku simpati dan cuba menunjukkan betapa mereka ambil berat..
Sebenar nya tidak, mereka hanya mencari titik lemah kita untuk memanupulasikan keadaan.
Mereka lah orang yang menaburkan seribu janji sehingga kita hilang pertimbangan.
Akhirnya kita akan lebih tenggelam lagi dalam kesusahan yang berganda ganda.
Ramai yang macam ni di dunia ni..jangan tak caya!
Orang macam ni selalunya rupa tu bukan main baik lagi..ngalahkan Imam kalau berhujjah.
Ada yang ngaku kaki masjid walau pagar masjid pun tak pernah lintas.
Ada juga yang suka tonjolkan asset/harta dunia yang palsu..hutang keliling pinggang tak pulak di beritau..
Cara hidup pun kelas, pakaian berjenama..Nak kasi saham tinggi lah katakan.
Kadang tu cuba mengais simpati dengan mereka2 cerita derita yang palsu supaya kita merasakan yang orang yang sekapal dgn kita lah yang memahami kita..
Hati hati lah...entah entah kita ada lah mangsa dia yang ke seribu...
Kawan ketawa ramai, kawan menangis juga ramai tapi mereka bukan menangis kerana kita tapi pura2 menangis untuk melihat kita lebih dasyat lagi menangis...
Tu lah kena hati hati...........
No comments:
Post a Comment