Ada cerita yg perlu kita tamatkan tetapi amat payah untuk berbuat begitu.
Ada sejarah yang perlu kita pusarakan tapi sungguh tidak mampu.
Ada kesal yang perlu kita lupuskan tapi kesal itu membelit belenggu
Ada kala pasrah menyinggah tapi sekadar datang dan pergi.
Ada kala redha cuba menyejukkan hati.
Seharusnya sentiasa begini,
bila terlalu banyak yang bermain di kepala,
Hati merampas kuasa.
2 comments:
IM selalunya bila begitu: tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan keluar sekaligus beberapa kali.
kemudian IM bisikkan di hati bahawa semua ini mesti ditempuh tidak boleh tidak. so, fikir, doa dan pasrah!
No komen sebenarnya sbb dah lama makcu cuba berenang di dalam tasik hati k.Nie. Nak bawa k. Nie naik ke daratan tapi makcu tak mampu kerana terkadang makcu sendiri tercungap2 sedangkan k. Nie sudah di tebing berpegang kepada aur.
Post a Comment